Pemilihan Pertama PKR Mempunyai Kelemahan, Kata Dr Wan Azizah

Diterbitkan: Sabtu, 27 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini tidak menafikan cubaan pertama parti itu mengadakan pemilihan bagi kepimpinannya mempunyai kelemahan.

Namun begitu, beliau turut mendakwa pemilihan itu telah mencapai matlamatnya dengan lebih 70,000 anggota parti keluar mengundi pada pemilihan peringkat cabang dan pusat.

Beliau mengakui dalam proses pemilihan ini, kepimpinan parti itu banyak menerima aduan dan rungutan.

"Kita juga tidak boleh menghukum sesiapa hanya melalui tuduhan-tuduhan yang lemah asasnya. Kita yang memperjuangkan keadilan perlu juga berlaku adil dalam menghukum rakan-rakan kita sendiri," kata beliau dalam ucapan dasarnya pada Kongres Nasional Tahunan PKR kali ketujuh di sini, Sabtu.

Dr Wan Azizah dalam ucapannya itu turut menyentuh mengenai konsep "Ketuanan Melayu" yang menurutnya wajib ditinggalkan supaya generasi muda akan membesar dengan visi "Bangsa Bermaruah" atau "Melayu Bermaruah".

"Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai demi kepentingan diri sendiri," dakwa beliau, dan menambah kumpulan itu adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kejahatan (kebejatan) lagi.

Dr Wan Azizah berkata bahawa sesuatu bangsa dan kaum itu hanya akan menjadi agung dan dipandang tinggi apabila mereka bermaruah.

"Lalu, andai sesuatu bangsa itu mahu besar, mereka harus memelihara dan menjaga maruah mereka termasuk orang Melayu," katanya.

Dr Wan Azizah juga mendakwa setelah Malaysia merdeka selama 53 tahun, nasib orang Melayu dan Bumiputera masih terabai, dan dilanda masalah sosial, pendidikan, ekonomi dan budaya.

Beliau juga mendakwa kerajaan sekarang tidak memperdulikan nasib dan kedudukan Orang Asli di Malaysia apabila kehidupan mereka masih terbiar dan tidak mendapat perhatian dan pembelaan sewajarnya.

Kedaifan hidup mereka bagai sengaja dirancang untuk dimanipulasi oleh pihak tertentu di saat dan ketika yang mereka perlukan dan pada masa yang sama tiada langsung peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan bagi menjamin kepentingan pribumi di negara ini, dakwanya.

"Kedudukan mereka tidak terjamin kerana hak mereka tidak dimasukkan dalam tafsiran Perkara 153 dan Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan. Fasal (2) Perkara 160 hanya menafsirkan Orang Asli adalah Orang Asli Semenanjung Tanah Melayu manakala dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, ia hanya merangkumi Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak sahaja," kata beliau lagi.

Beliau berkata PKR berjanji akan mengambil satu tindakan yang berani dan bertanggungjawab untuk menjamin kedudukan Orang Asli. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan