Najib Umum Dua Jenis Padi Baru Sempena MAHA 2010

Diterbitkan: Sabtu, 27 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu mengumumkan dua variasi padi baru iaitu MR253 dan MR263 sempena perasmian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro-Pelancongan Malaysia (MAHA 2010) di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di sini.

Menurut kenyataan dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) kedua-dua variasi padi baru itu mempunyai keistimewaan tersendiri yang mampu meningkatkan hasil pengeluaran padi.

Bagi jenis MR253, ia mampu memberikan hasil padi yang tinggi walaupun ditanam di kawasan tanah bermasalah seperti tanah gambut dan tanah berasid.

Jenis padi itu mampu serasi dengan persekitaran tersebut dan akan membantu meningkatkan hasil agar lebih berdaya maju dan membantu meningkatkan pengeluaran padi, kata kenyataan itu lagi.

Di samping itu, hasil variasi itu juga mempunyai ciri-ciri lain seperti kerintangan terhadap perosak utama dan kualiti biji yang baik.

Sementara, variasi MR263 pula, menurut kenyataan itu, memiliki ciri utama yang menghalang karah.

Jenis padi itu bakal menggantikan variasi padi yang sedang digunakan secara meluas di negara ini iaitu MR219 dan MR220.

Kerintangan MR219 terhadap penyakit karah telah didapati semakin menurun.

Sehubungan itu, jenis padi MR263 dihasilkan bagi melengkapkan variasi tersebut supaya dapat membantu mencegah perosak.

Turut hadir pada majlis perasmian MAHA 2010 sebelum itu ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan