Kurikulum Sejarah Perlu Dikaji Semula:NUTP

Diterbitkan: Sabtu, 27 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kurikulum sejarah Sekolah Menengah perlu dikaji semula sebelum mewajibkan pelajar lulus dalam mata pelajaran itu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2013, kata Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (KPPK) Hashim Adnan.

Beliau berkata Kementerian Pelajaran perlu mengkaji semula kurikulum sejarah di mana fakta-fakta dalam mata pelajaran itu perlu diubah suai dengan lebih realistik selain menggalakkan teknik pengajaran yang lebih menarik supaya menarik minat pelajar.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco KPPK di sini Sabtu, Hashim berkata banyak perkara perlu diperbetulkan dahulu sebelum peraturan tersebut dikuatkuasakan.

Ini termasuk masalah sekolah yang kurang guru, guru berlebihan dan tenaga pengajar yang mengajar sejarah yang bukan subjek opsyen mereka, katanya.

"Kita yakin sekiranya perkara-perkara ini dapat diselesaikan, pelajar akan dapat suntikan untuk belajar dan seterusnya (sejarah) boleh diterima pakai pada masa akan datang dan bukannya waktu terdekat," katanya.

Beliau berkata untuk itu adalah tidak adil bagi pelajar diwajibkan lulus dalam mata pelajaran tersebut tanpa sebarang pembaharuan dilakukan.

"Pelajar mesti dapat guru terbaik dalam mata pelajaran ini dan kemudian barulah dijadikan subjek wajib lulus dalam SPM.

"Sejarah tidak boleh menjadi penghalang mereka mendapatkan sijil kelak," katanya.

Hashim berkata KPPK akan menghadiri satu mesyuarat dengan Bahagian Kurikulum Kementerian Pelajaran berkaitan isu tersebut bulan depan bagi mengenal pasti perkara yang perlu diperbaiki.

Katanya, KPPK bukan menolak dasar yang diperkenalkan itu, tetapi ia perlu mengambil kira pelbagai faktor sebelum melaksanakannya.

"Seorang pelajar boleh hebat dengan belajar mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa tetapi tidak semestinya Sejarah. Kalau nak perkenal dasar kena tengok semua ini. Tiga tahap pelajar iaitu lemah, sederhana dan bijak juga perlu diberi perhatian," katanya.

Hashim berkata maklum balas yang diterima KPPK dari pemeriksa kertas sejarah SPM juga menunjukkan hanya 60 peratus pelajar yang lulus mata pelajaran berkenaan, dan ini satu perkembangan yang membimbangkan.

Beliau berkata bukan sahaja dengan mewajibkan mata pelajaran sejarah mampu menerapkan semangat patriotik, malah banyak cara lain lagi yang boleh dilakukan untuk tujuan tersebut.

Beliau berkata KPPK juga mencadangkan penilaian yang memudahkan pelajar dalam subjek berkenaan perlu dilaksanakan iaitu kaedah penilaian berdasarkan sekolah di mana markah kelulusan berdasarkan 40 peratus pada peperiksaan SPM.

"Yang 60 peratus lagi diambil kira berdasarkan 30 peratus daripada peperiksaan akhir tahun dan setengah tahun pada Tingkatan Empat dan selebihnya pada peperiksaan setengah tahun dan percubaan pada Tingkatan Lima," tambahnya.

Hashim berkata pelajar boleh lulus mata pelajaran sejarah sekiranya mereka menghayatinya, tetapi jika mahu cemerlang mereka perlu berusaha dengan lebih baik.

Sementara itu Setiausaha Agung KPPK Lok Yim Pheng apabila ditanya mengenai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang akan dilaksanakan bermula tahun depan untuk pelajar Tahun 1, katanya kesatuan itu berpendapat kursus dan latihan perlu diberikan secukupnya kepada guru yang mengendalikannya.

"Kalau guru tidak diberi latihan walaupun (kepada guru) pakar perkara itu, ianya dibimbangi mereka punya fahaman berbeza (terhadap kurikulum baru), jadi sasarannya tidak dapat dicapai," katanya.

Beliau berkata setakat ini, guru hanya diberikan dua hari kursus untuk mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa, Pendidikan Jasmani, Seni dan Muzik yang hanya dilaksanakan pada bulan ini.

Tempoh masa yang begitu singkat tentunya tidak memadai bagi guru membuat persediaan untuk mengajar, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan