Kongres Nasional PKR: Petugas Media Dikasari, Diugut

Diterbitkan: Sabtu, 27 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Beberapa lelaki yang memakai baju kelabu yang mempunyai logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengasari wartawan dan jurugambar ketika mereka sedang membuat liputan demonstrasi secara aman yang dijalankan oleh 100 ahli parti yang tidak berpuas hati dengan cara pemilihan parti itu dijalankan.

Demonstrasi yang diketuai oleh bekas Bendahari PKR Selangor, KS.Kottapan itu bertukar kecoh apabila beberapa ahli PKR yang memakai baju kelabu menolak serta mengugut petugas media supaya berhenti membuat liputan mengenai demonstrasi yang berlangsung di hadapan Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang juga tempat Kongres Nasional PKR diadakan.

Kottapan berkata perhimpunan secara aman yang dibuat itu mewakili semua ahli parti yang tidak berpuas hati dengan kaedah pemilihan PKR dijalankan.

"Walaupun kami telah membuat laporan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) namun mereka tidak siasat. Mereka bersikap berat sebelah.

"Seluruh Malaysia tahu pemilihan ini tidak betul. Kami tak bermaksud hendak buat kacau," katanya kepada pemberita selepas mengadakan demonstrasi tersebut.

Demonstrasi itu bermula pada pukul 9.15 pagi itu turut disertai oleh ahli PKR dari Pulau Pinang, Johor dan Selangor.

Mereka membawa kain rentang dan sepanduk yang tertera tulisan "No Hindraf, No Tsunami" dan "Keadilan Untuk Ahli, Anak India Anak Tiri Anwar, Anak Melayu Anak Saya, Anak Cina Anak Saya, Anak Iban Anak Saya" serta "Kami Tuntut Pemilihan PKR diadakan semula, hentikan korupsi".

Kottapan berkata kumpulan tersebut mahu kongres tahunan parti itu dihentikan kerana mendakwa berlakunya rasuah sejak pemilihan di peringkat cabang walaupun mereka telah membuat laporan kepada JPP.

Demonstrasi itu berakhir kira-kira pada pukul 10 pagi.

Bagaimanapun, semalam Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya telah menerima 289 aduan sepanjang tempoh pemilihan berlangsung.

Namun beliau menegaskan hanya tinggal 12 aduan sahaja yang masih diteliti oleh pihaknya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan