Kongres Nasional PKR: Kottapan Bakal Dipecat Dari Parti

Diterbitkan: Sabtu, 27 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, K.S. Kottapan bakal dipecat ekoran tindakannya yang dianggap bertentangan dengan peraturan dan dasar parti.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, syor bagi memecat Kottapan diterima daripada Biro Politik yang bermesyuat baru-baru ini.

Bagaimanapun menurut beliau keputusan muktamad hanya akan diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pusat.

"Ada cadangan daripada Biro Politik supaya tindakan pecat diambil ke atasnya (Kottapan).

"Mula-mula kita terima aduan, kemudian kita panjangkan aduan berkenaan kepada Biro Politik, dan akhirnya sudah ada syor agar anggota ini dipecat," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Kongres Nasional PKR ketujuh di sini, Sabtu.

Beliau mengulas tindakan Kottapan yang mengetuai kira-kira 100 penyokong parti itu mengadakan demonstrasi aman kerana tidak berpuas hati dengan cara pemilihan parti itu dijalankan di hadapan Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang juga tempat Kongres Nasional PKR diadakan.

Malah Kottapan berkata kumpulan tersebut mahu kongres tahunan parti itu dihentikan kerana mendakwa berlakunya rasuah sejak pemilihan di peringkat cabang walaupun mereka telah membuat laporan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

Kottapan juga sebelum ini pernah mengetuai beberapa siri demonstrasi atas sebab yang sama.

Selain itu Saifuddin turut memaklumkan bahawa sehingga kini PKR telah menggantung lebih lima individu atas pelbagai kesalahan sepanjang proses pemilihan parti baru-baru ini.

"Kita telah menggantung lebih daripada lima ahli parti serta-merta sehingga tertuduh dipanggil oleh jawatankuasa disiplin untuk memberi keterangan.

"Kesemua kesalahan itu termasuk yang berkaitan dengan aduan melanggar disiplin parti," katanya.

Menurut Saifuddin, pihaknya telah menerima 289 aduan bagi pemilihan peringkat cabang dan menegaskan hanya tinggal 12 aduan sahaja yang masih diteliti oleh JPP.

Manakala bagi pemilihan peringkat MPP, terdapat 18 aduan diterima.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan