Kongres Nasional PKR: Jangan Guna Media Serang Pemimpin Parti

Diterbitkan: Sabtu, 27 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Srikandi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Siti Aishah Shaik Ismail menyeru ahli parti tidak menggunakan media massa sebagai medium untuk menyerang pemimpin bagi menyuarakan rasa ketidakpuasan hati mereka.

Katanya, sikap sedemikian perlu ditinggalkan kerana ia bukanlah budaya parti sebaliknya setiap ahli dari semua peringkat boleh mengkritik pemimpin secara berhemah.

Beliau berkata penggunaan media massa dibenarkan namun bukanlah dengan menjadikannya sebagai satu medium untuk menyerang pemimpin-pemimpin parti.

”Jangan gunakan media massa untuk hentam pemimpin, itu bukan kita. Kita telah dididik untuk tidak menggunakan media massa untuk menyerang parti.

”Tegur pemimpin tidak salah, tetapi kita telah dididik akan etika ketika menegur pimpinan parti,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden di Kongres Nasional Tahunan Ketujuh di sini, Sabtu.

Sementara itu, wakil Perak, Zulkifli Ibrahim pula mengingatkan pemimpin parti tidak menjadikan parti itu sebagai alat untuk kepentingan peribadi masing-masing.

“Janganlah kita jadikan parti itu milik individu. Ya benar, PKR memang milik Datuk Seri Anwar Ibrahim, milik Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tapi PKR juga milik kita semua,” katanya.

Beliau turut mengingatkan wakil rakyat parti itu supaya turun padang dan melawat kawasan mereka dengan lebih kerap supaya masalah rakyat dapat didengar dan diselesaikan.

“Ada wakil rakyat kita ini belum satu penggal kita telefon pun kadang-kadang tak angkat. Kita beri amaran tak mustahil mereka juga boleh jadi mangsa tsunami, jika inilah sikap mereka,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan