Jawatankuasa Bersama Banteras Penyelewengan Diesel Bersubsidi Diwujudkan

Diterbitkan: Sabtu, 27 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERA: Sebuah jawatankuasa bersama membabitkan beberapa kementerian diwujudkan bagi membanteras kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi secara total di negara ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penubuhan jawatankuasa itu membabitkan kementeriannya, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pengangkutan, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dipersetujui pada mesyuarat kabinet semalam.

Beliau berkata pihaknya percaya penyelewengan diesel bersubsidi itu bukan hanya berlaku di kalangan nelayan, malah pihak lain yang turut menerima subsidi berkenaan seperti teksi dan bas.

"Kerajaan tidak akan berkompromi berhubung isu penyelewengan subsidi diesel ini kerana ia melibatkan wang rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival Kesihatan dan Keselamatan Parlimen Bera di Taman Kerayong Makmur, Sabtu.

Katanya, sebelum ini, setiap tindakan penguatkuasaan dijalankan di peringkat kementerian masing-masing sehingga menyukarkan pemantauan secara menyeluruh.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata koordinasi dan pertukaran maklumat secara bersama lebih berkesan dalam membanteras kegiatan yang disifatkannya seperti mengkhianati negara sendiri.

Selain itu, beliau berkata jawatankuasa berkenaan akan mencari mekanisme terbaik dalam pemberian subsidi diesel bagi mengelak perkara tersebut daripada berulang.

Mengenai laporan bahawa ada anggota penguat kuasa KPDNKK terlibat dalam penyelewengan subsidi diesel, Ismail Sabri berkata kementeriannya tidak akan melindungi pegawai yang tidak berintegriti.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan jumlah anggota yang terlibat namun mengesahkan tiga penguat kuasa KPDNKK Pahang disiasat berhubung perkara itu.

"Jika ada kes, SPRM akan bawa mereka ini ke muka pengadilan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan