Golongan Wanita Harus Sedar Akan Hak Mereka Terhadap Isu Keganasan

Diterbitkan: Sabtu, 27 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keganasan terhadap wanita merupakan keganasan yang berasaskan gender yang hanya dapat dicegah sekiranya setiap individu lebih sensitif terhadap persekitarannya, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Isu keganasan wanita ini sudah menjadi isu global yang menghantui dunia hari ini.

Pendek kata keganasan terhadap wanita boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan di mana-mana," katanya pada pelancaran kempen 'Say No-UNiTE To End Violence Against Women' sempena Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita Antarabangsa.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Timbalannya Heng Seai Kie.

Dalam menangani isu keganasan ini secara menyeluruh, Shahrizat berkata semua pihak perlu berpegang kepada konsep 3S iaitu sedar, sensitif dan sedia.

"Semua pihak perlu sedar bahawa keganasana terhadap wanita masih wujud sama ada secara terang atau tersembunyi.

"Maksud tersembunyi ini ialah keganasan yang berlaku dalam rumah tangga dan kes-kes sumbang mahram yang lazimnya disorokkan dari pengetahuan umum dan mungkin tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana melibatkan maruah keluarga," katanya.

Sementara itu, beliau turut berkata inisiatif syarikat-syarikat korporat dalam menyediakan persekitaran selamat untuk golongan wanita yang sensitif terhadap isu ini amat diperlukan.

Kempen 'Say No-UNiTE To End Violence Against Women' merupakan usaha bersepadu masyarakat antarabangsa di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk meningkatkan usaha kerajaan dan masyarakat dalam menghapuskan keganasan terhadap wanita.

Terdahulu Heng turut melancarkan Kelab 'Youth Orbit-Circle Of Influence' atau Kelab YO merupakan inisiatif kementerian yang menyasarkan penyertaan golongan belia wanita dan lelaki yang bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap keganasan terhadap wanita.

Setakat ini seramai 500 ahli yang telah mendaftar dalam kelab itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan