Kongres Wanita PKR: Wakil Kuantan Cadang Strategi Atasi Kelemahan Pemilihan

Diterbitkan: Jumaat, 26 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Wanita Cabang Kuantan, Katherine Phang mencadangkan empat strategi penambahbaikan kepada Jawantakuasa Pemilihan Parti (JPP) bagi memperbaiki kelemahan proses pemilihan Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada masa hadapan.

Beliau berkata proses pemilihan yang baru sahaja berkahir telah berlangsung dengan jayanya walaupun terdapat pelbagai usaha untuk menggagalkannya.

“Dalam pemilihan yang lepas ada ahli dari kalangan Wanita tidak tahu mengundi dan tidak faham dengan arahan mengundi.

“Tidak hairanlah apabila undi rosak yang dicatatkan lebih 50 petatus dan ada di kalangan ahli Wanita yang menghantar kertas undi kosong serta ada yang memangkah nama semua calon yang bertanding,” katanya ketika membahaskan Usul Ucapan Dasar Ketua Wanita pada Kongres Nasional Wanita di sini, Jumaat.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya arahan dalam kertas undi dibuat dalam tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil kerana majoriti ahli parti tediri daripada tiga kaum tersebut.

Selain itu, Katherine juga mencadangkan agar pemilihan MPP dan pemilihan Wanita dibuat secara berasingan untuk mengelakkan kekeliruan semasa pengundian.

“Saya juga ingin mencadangkan supaya proses pengundian secara dalam talian kerana kos daripada aspek lojistik dapat dikurangkan disamping memberi melihat keputusan terkini dari rumah.

“Kita boleh memberi ahli kata laluan kepada ahli yang sudah mendaftar. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan peratusan ahli keluar mengundi,” katanya.

Pada masa yang sama, Kathrine turut menegur sikap calon-calon yang mementingkan diri sendiri hanya kerana mereka ingin menang dalam pemilihan parti.

“Apa yang kita dapati ada calon-calon yang bertanding menggunakan pentas kempen pilihan raya sebagai tempat mereka berkempen untuk diri sendiri. Mereka sepatutnya bijak membezakan kepentingan peribadi dan parti,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan