Kongres Wanita, AMK PKR: Saifuddin Nafi Bukti Penyelewengan

Diterbitkan: Jumaat, 26 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan wujudnya penyelewengan atau penglibatan pengawas pemilihan parti yang didakwa cuba mempengaruhi pengundi untuk memilih calon-calon tertentu seperti yang disiarkan The Star hari ini.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan, gambar individu berkenaan bukanlah pengawas pemilihan parti seperti yang didakwa.

"Kedua-duanya bukan pengawas, saya kenal mereka," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Beliau merujuk kepada paparan gambar yang didakwa petugas Jawatankuasa Pilihan Pusat (JPP) sedang menandakan kertas undi bagi pihak pengundi.

Mengulas mengenai paparan gambar yang menunjukkan pengawas pemilihan di Merbok, Kedah sedang memberi arahan kepada pengundi untuk memangkah calon tertentu, beliau sekali lagi menegaskan bahawa perkara berkenaan tidak berlaku.

"Ini tidak benar, mereka bukannya bagi arahan untuk pangkah calon tertentu.

"Sebaliknya mereka hanya membantu pengundi kita memandangkan terdapat anggota PKR yang tidak boleh membaca dan menulis, ini adalah amalan biasa termasuk oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Lagi pun senarai calon panjang, bukan seperti pilihan raya umum, ada dua atau tiga calon sahaja. Untuk Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sahaja kita ada 20 calon," katanya.

Saifuddin bagaimanapun memaklumkan sehingga kini pihak JPP masih belum menerima sebarang aduan berhubung perkara berkenaan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan