Kongres AMK PKR: Shamsul Iskandar Mahu Seterunya Sertai Kepimpinan Baru

Diterbitkan: Jumaat, 26 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menyeru bekas pencabarnya Badrul Hisham Shahrin menyertai barisan kepimpinannya.

Beliau berkata, Badrul Hisham dialu-alukan untuk menyertai kepimpinan AMK yang baru demi meneruskan agenda perjuangan parti.

Bagaimanapun Shamsul Iskandar berkata, perkara tersebut terpulang kepada Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard sama ada untuk menerimanya ataupun tidak.

"Dalam urusan jual beli, mesti ada pihak yang menjual dan pihak yang membeli.

"Dalam situasi ini kita sudah jual, jadi terpulang kepada pihak di sana nak beli ataupun tidak... kalau beli, Alhamdulillah," katanya pada sidang media selepas penangguhan Kongres AMK di sini, Jumaat.

Pemilihan AMK kali ini menyaksikan Shamsul Iskandar yang memegang jawatan Ketua AMK sejak 2003 berjaya mengekalkan kedudukannya pada sesi akan datang sehingga 2013.

Saingan bagi jawatan berkenaan dianggap panas apabila Badrul Hisham mencetuskan kontroversi dengan mendakwa wujudnya pelbagai salah laku semasa proses pemilihan termasuk tindakan mengubah jumlah undi.

Bagaimanapun Shamsul Iskandar tidak menyatakan jawatan khusus yang ditawarkan kepada Badrul Hisham.

Ditanya jumlah jawatan lantikan yang boleh dilantik, beliau berkata: "Jumlahnya banyak, ada banyak tempat boleh diisi malah saya boleh wujudkan jawatankuasa yang baru mengikut kesesuaian.

"Saya jemput bukan sahaja Chugu Bard, malah semua calon-calon yang tewas dan sesiapa sahaja yang mahu menawarkan perkhidmatan mereka untuk AMK dan parti," katanya.

Mengulas mengenai tugasnya untuk menyatukan kembali ahli sayap itu yang dilihat kini terbahagi kepada dua kumpulan, beliau berkata akan lakukan proses berkenaan secepat mungkin.

Namun tegasnya 'tempoh bertenang' harus diberikan kepada ahli agar mereka memahami konsep dan erti sebenar sesebuah pertandingan.

"Kita akan beri mereka tempih bertenang dahulu, tapi saya yakin mereka akan faham dan akhirnya kembali bersama-sama kita untuk meneruskan perjuangan.

"Sebab itu awal-awal lagi saya sudah minta maaf kepada semua sekiranya saya melakukan kesalahan sepanjang tempoh pemilihan, jadi saya berharap mereka juga sudi memaafkan," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan