Kongres AMK PKR: Parti 'Sakit' Jangan Mimpi Nak Tawan Putrajaya, Kata Wakil PP

Diterbitkan: Jumaat, 26 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) seolah-olah berada dalam keadaan 'sakit' dan menghadapi suasana genting kerana dilihat gagal menyediakan persiapan rapi dalam usaha untuk menawan Putrajaya.

Perwakilan Pulau Pinang, Syed Mikail Nizal Aidid berkata, hasrat untuk menuju ke Putrajaya wajar dilupakan sekiranya kepimpinan tertinggi parti itu dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak serius bersiap sedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan.

Menurut beliau, kegagalan kepimpinan parti menangani perkara kecil seperti menyeragamkan penggunaan logo Kongres Nasional PKR dan AMK seperti mencerminkan 'kesakitan' yang wujud dalam parti itu.

"Logo Kongres AMK hari ini berbentuk hati atau seperti logo kesihatan, manakala logo Kongres Nasional pula kita lihat macam logo hospital.

"Jadi kita dilihat seperti seolah-olah sakit sebab nak buat logo pun macam menterjemahkan kesakitan yang ada dalam parti.

"Sepatutnya kita kena kekalkan identiti logo dan tak perlu diubah-ubah," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Ketua AMK di sini, Jumaat.

Selain itu Syed Mikail berkata, PKR sebenarnya masih belum bersedia untuk menawan Putrajaya kerana terdapat pelbagai masalah dalaman parti yang belum diselesaikan sepenuhnya.

Jelasnya pelbagai isu yang menjadi tuntutan ahli perlu ditangani terlebih dahulu sebelum mengimpikan untuk mencapai kejayaan yang lebih besar.

"Pemimpin asyik cakap soal melaksanakan agenda rakyat, agenda nasional... tapi dalam masa yang sama mengabaikan agenda ahli dan parti.

"Realitinya banyak tuntutan ahli yang belum kita atasi dengan baik," katanya.

Seterusnya beliau turut menegur kepimpinan AMK kerana gagal menampilkan keunikan kekuatan golongan muda secara total sebaliknya hanya berpaut kepada ikon atasan.

"Agenda besar kita ialah untuk menjadi ikon kepada golongan muda sedangkan kita masih berpaut kepada ikon-ikon atasan.

"Kita gagal mempamerkan keunikan kita sendiri sebagai anak muda," katanya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan