Jemaah Menteri Hargai Jasa Chong Eu, Sifatkannya Sebagai Negarawan

Diterbitkan: Jumaat, 26 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jemaah menteri yang bermesyuarat pada Jumaat merakamkan penghargaan tinggi terhadap sumbangan mendiang Tun Dr Lim Chong Eu sepanjang hayatnya dalam politik dan pentadbiran kerajaan khususnya di Pulau Pinang.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata sumbangan Dr Lim sentiasa terakam dalam memori negara ini, dan menyatakan mendiang adalah seorang negarawan, pencipta kemajuan negeri Pulau Pinang, dan pejuang parti MCA dan Gerakan dalam Barisan Nasional.

" Jemaah menteri menyatakan secara ikhlas sebagai anggota masyarakat kita hargai semua jasa, khidmat dan perjuangan beliau," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini.

Rais berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual memberi penghormatan terakhir kepada Dr Lim di Pulau Pinang Sabtu, dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang selama 21 tahun itu meninggal dunia di rumahnya Rabu malam akibat serangan angin ahmar, dan telah koma sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang sebulan lepas.

Dr Lim berumur 91 tahun.

Rais berkata RTM akan memberi liputan lintas langsung acara pengebumian Dr Lim yang akan diberikan penghormatan pengebumian negara, dijadualkan Ahad ini menerusi siaran radio dan televisyennya.

Beliau berkata Jabatan Warisan Negara juga telah diminta merakam sejarah perjalanan hidup Dr Lim yang dianggap sebagai seorang dari pejuang yang mengasaskan BN sejak 1974. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan