Tiada Nelayan Terbabit Kes Penyelewengan Diesel Bersubsidi - Nekmat

Diterbitkan: Khamis, 25 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KEDAH: Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) meminta orang ramai tidak menuding jari kepada nelayan berikutan pendedahan kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi bagi nelayan kerana penyelewengan itu melibatkan orang tengah dan bukan nelayan.

Ahli Lembaga Pengarah Nekmat Abdul Hamid Bahari berkata apabila isu itu timbul, ramai yang menuding jari kepada nelayan sedangkan mereka yang ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan daripada kalangan nelayan.

"Saya harap segala tohmahan yang dibuat ini ditarik balik kerana kami (nelayan) mempunyai maruah dan perasaan. Saya sedih apabila isu ini timbul," katanya kepada pemberita di Wisma Nelayan di sini Khamis.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Kedah berkata diesel bersubsidi yang diberikan kerajaan bukan hanya untuk nelayan tetapi sektor lain seperti pengangkutan dan stesen minyak.

"Jika kita lihat semula, kebanyakan yang ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terdiri daripada pengusaha-pengusaha stesen minyak dan juga pemandu-pemandu lori. Jika ada pun nelayan yang terlibat (sebelum tahun 2006),jumlahnya sangat sedikit," katanya.

Katanya nelayan-nelayan sukar untuk melakukan penyelewengan kerana mereka perlu menggunakan kad e-diesel untuk membeli diesel.

Abdul Hamid berkata setiap nelayan mempunyai had diesel tertentu untuk diisi bergantung kepada jenis bot yang digunakan.

"Jadi pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mempunyai rekod setiap kali nelayan mengisi diesel atau petrol," katanya.

Beliau berkata bagi Kuala Kedah, sebelum kerajaan melantik Nekmat sebagai pemborong tunggal minyak diesel bersubsidi untuk sektor perikanan pada tahun 2006, memang terdapat penyelewengan diesel tetapi selepas Nekmat mengambil alih, tidak ada tangkapan yang dibuat bagi PNK itu.

Di Malaysia terdapat 90,000 anggota PNK dan PNK Kuala Kedah mempunyai 4,500 anggota dan merupakan persatuan yang mempunyai anggota terbesar di negara ini.

Dua hari lepas, Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Mohd Jamidan Abdullah dilaporkan sebagai berkata PNK dikesan menjadi dalang utama dalam kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi kepada nelayan sehingga mengakibatkan kerugian bernilai jutaan ringgit kepada kerajaan.

Katanya kegiatan penyelewengan itu berjaya dibongkar hasil risikan sepanjang lima bulan membabitkan 80 anggota serta pegawai SPRM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) membabitkan empat negeri iaitu Perak, Pahang, Perlis serta Kedah, di mana semua yang ditahan terdiri daripada ejen PNK, pengusaha jeti, 'orang tengah' dan pemandu lori. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan