Perbanyakkan Sistem Ternak Ikan Kaedah Biosekuriti

Diterbitkan: Khamis, 25 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) meminta Jabatan Perikanan mempertingkatkan dan memperbanyakkan sistem perternakan dengan kaedah biosekuriti di kalangan pengeluar ikan hiasan supaya ikan tersebut boleh dieksport ke Kesatuan Eropah (EU).

Ikan emas dan koi buat masa ini tidak dapat dieksport ke EU kerana gagal memenuhi syarat biosekuriti yang ditetapkan rantau terbabit.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, ikan hiasan mampu menjanakan pendapatan eksport melebihi RM92 juta setiap tahun.

"Dari segi eksport, Malaysia menduduki tangga lima teratas pengeksport dunia walaupun merupakan pengeluar ikan perhiasan terbesar di dunia.

"Negara kita jatuh ke tangga kelima kerana dua jenis ikan tersebut tidak dapat dieksport sedangkan jumlah nilai runcit industri ikan hiasan global dianggarkan kira-kira RM12.5 bilion setahun," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar Pameran dan Persidangan Industri Akuatik Hiasan Antarabangsa Malaysia Ketiga (AQUAFAIR Malaysia 2010) di sini, Khamis.

Ikan hiasan yang diternak menggunakan kaedah biosekuriti dibela dalam bangunan tertentu dan bukan kolam terbuka bagi mengelakkan jangkitan virus atau penyakit.

Menurut Noh, pihaknya mendapatkan kepakaran tempatan dan antarabangsa seperti Czechoslovakia dan Britain untuk melaksanakan sistem biosekuriti.

Sementara itu, Noh memberitahu, pengeluaran ikan hiasan mencecah 890 juta ekor pada 2009 manakala 458 juta ekor pada 2005.

"Kalau kita bandingkan dengan 2005, pengeluaran kini telah meningkat sebanyak dua kali ganda. Trend ini menandakan pertumbuhan tahunan purata yang menggalakkan iaitu kira-kira 17.6 peratus dalam tempoh lima tahun lepas," katanya.

Tambah Noh, Malaysia buat masa ini menternak lebih 250 spesies yang meliputi 550 jenis tempatan dan eksotik untuk pasaran tempatan dan dunia.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan