Pengebumian Chong Eu 28 November ini

Diterbitkan: Khamis, 25 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Jasad Tun Dr Lim Chong Eu akan ditempatkan di Dewan Sri Pinang mulai Jumaat sehingga Ahad ini untuk orang awam memberikan penghormatan akhir kepada mendiang.

Perarakan mengiringi jasad mendiang akan bertolak dari krematorium Batu Gantung pada tengah hari Ahad, menurut ahli jawatankuasa pengebumian, Tan Sri Khoo Kay Por.

"Keranda akan diletakkan di sini (kediaman) sehingga tengah hari esok (Jumaat) selepas itu, orang ramai boleh memberikan penghormatan akhir di Dewan Sri Pinang," menurut bekas Pengerusi Gerakan Pulau Pinang itu ketika ditemui di rumah Dr Lim di Tanjung Bungah, Khamis.

Dr Lim, pengasas Gerakan, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dan tokoh besar dalam politik negara, meninggal dunia di rumahnya pada 9.07 malam Rabu, selepas menderita akibat angin ahmar sejak sebulan lalu. Beliau yang berusia 91 tahun dibawa pulang ke rumahnya dari Hospital Pulau Pinang di mana beliau ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Rapid Penang akan menyediakan tiga bas percuma berulang-alik dari Tanjung Club, Penang Swimming Club dan Sandy Bay ke kediaman mendiang untuk memudahkan orang umum menghadiri majlis tersebut mulai 4 petang Khamis.

Anak lelaki Dr Lim, Chien Aun berkata, keluarga itu sedang menunggu kerajaan negeri memberikan maklumat mengenai penghormatan negara untuk bapanya.

"Kami menghabiskan masa dua ke tiga hari bersamanya dan adalah adil kami memberi kerajaan negeri mengambil alih esok, agar orang ramai boleh memberikan penghormatan terakhir kepadanya," katanya.

Ahli jawatankuasa pengebumian, Datuk Oon Choo Khye berkata, mesyuarat akan diadakan malam Khamis untuk membuat persediaan akhir.

"Sekolah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau kumpulan besar yang ingin memberi penghormatan akhir di Dewan Sri Pinang harus menghubungi hotline (04-8902828) untuk mendaftar, ekoran jangkaan jumlah pengunjung yang besar," katanya.

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, yang memberikan penghormatan terakhirnya kepada mendiang pada tengah hari Khamis berkata, pengebumian akan dilaksanakan mengikut protokol kerajaan pusat dengan kerjasama kerajaan negeri.

"Ahli keluarga dan jawatankuasa pengebumian akan dinasihati berikutan perkara ini," kata Dr Koh, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan