Kerajaan Belanja RM1.016 Bilion Untuk Bina Dan Baiki Mahkamah Dalam RMK-9

Diterbitkan: Khamis, 25 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULIM: Kerajaan membelanjakan sebanyak RM1.016 bilion untuk projek pembinaan bangunan mahkamah dan kerja-kerja tambahan bangunan mahkamah sedia ada di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata antara projek terbesar adalah pembinaan empat projek mahkamah baru di Pasir Mas, Kelantan, Sepang (Selangor) Samarahan (Sarawak) dan Kulim (Kedah) serta bangunan tambahan untuk Mahkamah Klang yang kesemuanya bernilai RM85.1 juta.

"Pembinaan bangunan-bangunan tersebut adalah melalui Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEU-U) Jabatan Perdana Menteri di bawah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) di samping peruntukan siling yang diluluskan di bawah RMK-9 yang berjumlah RM931 juta," katanya pada Majlis Penyerahan Bangunan Baru Mahkamah Kulim di sini Khamis.

Katanya daripada keseluruhan peruntukan tersebut sebanyak RM28.9 juta adalah untuk pembangunan mahkamah di Kedah termasuklah kerja-kerja pembaikan pada tahun ini.

"Ini termasuklah melaksanakan kerja-kerja ubahsuai di Mahkamah Kuala Nerang dan juga pembinaan bilik bicara NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) Jenayah di Mahkamah Alor Setar yang berjumlah RM500,000," katanya.

Beliau berkata di bawah RMK-10, BHEU-U telah diberikan peruntukan siling sebanyak RM331.6 juta di bawah Pelan Pusingan Pertama untuk dua tahun akan datang.

Katanya kejayaan sesuatu projek kerajaan bukan sahaja diukur apabila projek itu siap sepenuhnya tetapi ia lebih tertumpu kepada tempoh siap, kualiti projek serta impak kepada kumpulan sasar.

Liew kemudiannya menyaksikan Majlis Menandatangani Dokumen Penyerahan Bangunan antara Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah Ir Rosland Abdul Ghani dengan Ketua Pengarah BHEU-U Datuk Saripuddin Kasim. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan