Jumlah Pelancong Ke Melaka Dijangka Cecah 10 Juta Akhir Tahun Ini

Diterbitkan: Khamis, 25 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Melaka buat kali pertama dijangka menerima jumlah keseluruhan kedatangan pelancong 10 juta orang pada akhir tahun ini berbanding 8.9 juta pada tahun lepas, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata sehingga bulan lepas, Melaka menerima kedatangan sejumlah 7.8 juta pelancong dan pada bulan ini dan bulan depan dijangka seramai 2.2 juta pelancong melawat negeri bersejarah ini.

"Jumlah kedatangan pelancong ke negeri ini meningkat sejak Melaka diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Sedunia (WHS) pada Julai 2008," katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Tokoh yang dianjurkan oleh Institut Pengurusan dan Integriti Melaka (INSPIM) di sebuah hotel di sini malam Rabu.

Turut hadir ialah Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen yang diraikan sebagai tetamu utama pada majlis itu.

Menurut Mohd Ali, kebiasaanya Melaka akan menerima limpahan pelancong pada dua bulan terakhir setiap tahun kerana sempena musim cuti sekolah.

Beliau juga berkata Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam, di sini, akan menerima buat pertama kali penerbangan pesawat Boeing 737-500 oleh Riau Air pada 6 Disember ini.

Beliau berkata pesawat itu dijangka membawa 120 penumpang.

Sebelum ini, Riau Air yang mengadakan penerbangan harian destinasi Pekan Baru-Melaka menggunakan pesawat Fokker 50 yang membawa 50 penumpang.

"Kita juga akan mengadakan usaha untuk lebih banyak penerbangan khas dari Macau dan China ke Melaka menggunakan kemudahan di LTAM yang telah dinaik taraf," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan