Gerakan Kibar Bendera Parti Separuh Tiang

Diterbitkan: Khamis, 25 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemimpin pusat Gerakan telah mengarahkan kesemua ibu pejabat parti di setiap negeri dan cawangannya untuk mengibarkan bendera parti pada separuh tiang, sebagai tanda hormat kepada pengasas parti itu, Tun Dr Lim Chong Eu.

Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow berkata, bendera parti akan dikibarkan pada separuh tiang sehingga majlis pengebumian selesai disempurnakan.

Presiden parti, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan pemimpin pusat lain dijangka memberikan penghormatan akhir mereka kepada mendiang pada lewat petang Khamis.

Dr Lim, tokoh agung dalam politik negara, menghembuskan nafas terakhirnya pada Rabu malam.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu, yang akan sentiasa dikenang sebagai bapa Pulau Pinang moden, meninggal dunia di kediamannya di Tanjung Bungah pada 9.07 malam di pangkuan keluarga.

Beliau dibawa pulang kira-kira 7 malam dari Hospital Pulau Pinang setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang selama hampir sebulan akibat serangan angin ahmar.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata Dr Lim diberi penghormatan dengan mengadakan pengebumian peringkat negeri.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Kolumnis

iklan

Iklan