Dr Lim Pemimpin Sebenar, Pengasih Dan Berwawasan

Diterbitkan: Khamis, 25 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tun Dr Lim Chong Eu merupakan seorang pemimpin yang sebenarnya, pengasih dan berwawasan, itulah yang digambarkan oleh bekas pembantu peribadinya Datuk Gooi Hoe Hin ketika mengingati bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang telah mengubah "Pulau Mutiara" menjadi sebuah negeri yang moden.

"Pada masa itu, saya masih lagi muda, tetapi Chong Eu bersedia mengajar saya ketika saya berkhidmat dengan beliau dari 1976 sehingga 1980," kata beliau.

Gooi, yang berkhidmat sebagai pembantu peribadi kepada Chong Eu yang ketika itu Ketua Menteri Pulau Pinang berkata beliau merupakan seorang pemimpin yang sebenarnya dan berfikiran besar yang akan diingati selama-lamanya.

"Dalam politik, ada dua perkataan yang sering dikatakan. Pertama "demokrasi berhak untuk senyap" dan "politik hanya masa akan beritahu"," katanya.

Bekas Presiden Gerakan Tun Dr Lim Keng Yaik, yang menggantikan Chong Eu sebagai presiden sebelum mengundurkan diri pada 2007, juga sangat menyanjungi beliau dan terlalu bersedih apabila diberitahu mengenai kematian Ketua Menteri Pulau Pinang kedua itu.

"Tun Dr Lim Chong Eu merupakan anggota pengasas Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan). Beliau membimbing dan membangunkan parti itu berdasarkan ideologi dan prinsipnya.

Chong Eu adalah Bapa Moden Pulau Pinang yang membangunkan Pulau Mutiara daripada sebuah negeri yang mundur yang mempunyai 17 peratus pengangguran pada masa itu, menjadi pesat membangun," katanya.

"Kita rindui kebijaksaan dan wawasan beliau. Negara khasnya Pulau Pinang telah kehilangan seorang anak ikon," kata beliau dalam kenyataan ringkas dari Perth, Australia.

Sahabat lama Chong Eu, Datuk Cheah See Kian berkata Chong Eu akan sentiasa diingati sebagai seorang ahli politik yang menyahut cabaran untuk membangunkan Pulau Pinang dari sebuah kampung sehingga menjadi sebuah negeri perindustrian dan moden. "Beliau sebenarnya menyahut cabaran Tun Tan Siew Sin, yang ketika itu Presiden MCA dan Menteri Kewangan yang mengatakan Pulau inang hanyalah sebuah kampung dan belum begitu dibangunkan.

"Berikutan itu, selepas Chong Eu menjadi Ketua Menteri pada 1969, beliau menyahut cabaran tersebut untuk mengubah Pulau Pinang dengan menyediakan Pelan Pembangunan Induk Pulau Pinang," kata beliau.

Cheah, bekas ketua pengarang akhbar "United Post" yang telah ditutup juga menulis sebuah buku mengenai Chong Eu bertajuk "The Political Profile of Lim Chong Eu" (Profil Politik Lim Chong Eu) ketika Chong Eu masih lagi menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang pada 1986.

"Secara peribadi, Chong Eu merupakan seorang yang benci mereka yang mengutuk orang lain. Beliau sentiasa mahukan bukti. Kerana itulah semasa kepimpinannya, anda jangan cakap perkara tidak baik mengenai orang lain kepada Chong Eu.

"Beliau adalah ketua sendiri dan pernah ditawarkan untuk jawatan kerajaan persekutuan tetapi menolaknya kerana Chong Eu mahu memastikan pelan pembangunannya untuk Pulau Pinang tidak terganggu," kata Cheah. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan