Tun Dr Lim Chong Eu Meninggal Dunia

Diterbitkan: Rabu, 24 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Bekas ketua menteri Pulau Pinang Tun Dr Lim Chong Eu meninggal dunia pukul 9 malam ini setelah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang sejak hampir sebulan akibat serangan angin ahmar.

Dr Lim, yang berusia 91 tahun, meninggal dunia di rumahnya di Tanjong Bungah di sini setelah dibawa balik dari hospital itu petang tadi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon ketika dihubungi mengesahkan berita mengenai kematian Dr Lim itu. Satu makluman rasmi akan diumumkan, kata Dr Koh. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan