Seramai 11,608 Pendatang Tanpa Izin Di Sabah Dihantar Pulang Tahun Lepas

Diterbitkan: Rabu, 24 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seramai 11,608 pendatang asing tanpa izin di Sabah telah dihantar pulang pada tahun lepas.

Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Nasrun Datu Mansur berkata daripada jumlah itu, seramai 8,510 merupakan warga Filipina dan 2,810 merupakan warga Indonesia, manakala 288 orang adalah dari negara-negara lain.

"Bagi tempoh Januari hingga Oktober lepas, seramai 11,310 orang telah dihantar pulang ke negara asal mereka, yang mana 7,311 orang adalah warga Filipina dan 3,856 merupakan warga Indonesia, manakala seramai 143 pula dari negara-negara lain," katanya ketika menjawab soalan Datuk Louis Rampas (BN-Kiulu) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini pada Rabu.

Beliau berkata kerajaan negeri komited menangani masalah kemasukan pendatang asing tanpa izin ke Sabah dan akan melaksanakan beberapa tindakan susulan.

Antaranya mengetatkan pengawalan di pintu-pintu masuk, terutama di pantai timur negeri, meminda undang-undang dengan mengenakan hukuman yang lebih berat, meningkatkan operasi penangkapan, dan menambah bilangan Pusat Tahanan Sementara. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan