Sektor Perkapalan Dan Pelabuhan Kekurangan 50 Peratus Tenaga Mahir

Diterbitkan: Rabu, 24 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sektor perkapalan dan pelabuhan negara perlu menangani segera masalah kekurangan kira-kira 50 peratus tenaga mahir dalam bidang berkenaan bagi mengelak operasi pelabuhan menghadapi kelembapan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Persatuan Pelabuhan ASEAN (APA) Datuk Abdul Rahim Abdul Aziz berkata, kebanyakan pelabuhan di negara ini sebenarnya menghadapi masalah tenaga mahir terutamanya pegawai nautika dan jurutera kapal.

Katanya, operasi pelabuhan boleh terjejas pada masa hadapan jika masalah kekurangan tenaga mahir itu tidak di atasi segera kerana setakat ini kebanyakan tenaga pakar dalam bidang berkenaan adalah dari negara luar.

Beliau berkata, bagi mengatasi masalah itu, APA berpendapat pihak pengurusan pelabuhan perlu melatih tenaga kerja mereka sendiri untuk memiliki kemahiran dalam pengurusan dan operasi pelabuhan dari semua peringkat.

"Pengendali yang mahir sebenarnya harus bermula dari Pegawai Kadet sehinggalah menjadi Kapten berdasarkan pengalaman dan proses itu mengambil masa lebih dari lapan tahun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pembangunan Kepimpinan Pegawai Pelabuhan anjuran Penang Port Sdn Bhd (PPSB) di sini pada Rabu.

Abdul Rahim berkata, pengurusan pelabuhan boleh melahirkan tenaga mahir dalam bidang perkapalan dengan menghantar pekerja mereka untuk menjalani latihan di Akademi Laut Malaysia (ALAM), Melaka.

ALAM mengeluarkan 200 graduan dalam bidang perkapalan pada setiap tahun, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan