Projek Penyaluran Air Mentah Dari Pahang Ke Selangor Berjalan Lancar

Diterbitkan: Rabu, 24 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Projek penyaluran air mentah Pahang ke Selangor berjalan lancar dan dijangka siap sepenuhnya pada Mei 2014, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau berkata kemajuan projek sehingga akhir Oktober lepas adalah sebanyak 17 peratus.

"Kesemua komponen projek telah ditender di mana dua komponen projek telah ditawarkan dan kini dalam pelaksanaan, manakala dua lagi komponen projek dijangka akan ditawarkan pada penghujung tahun ini," katanya ketika menjawab soalan Datuk Dr Ng Keong Chye (BN-Ketari) mengenai perkembangan projek berkenaan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang di sini, pada Rabu.

Adnan berkata dua komponen projek berkenaan iaitu pembinaan terowong penyaluran air dan kerja-kerja berkaitan, dan pembinaan muka sauk, rumah pam dan kerja-kerja berkaitan berjalan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan.

Dua lagi komponen projek iaitu pembinaan empangan Kelau dan kerja-kerja berkaitan, dan pembinaan saluran paip dan kerja-kerja berkaitan dijangka dilaksanakan hujung tahun ini.

Sementara itu ketika menjawab soalan Datuk Aziz Mat Kiram (BN-Batu Talam) mengenai pembalakan haram di Pahang yang dilihat masih berterusan, Adnan berkata kerajaan negeri sentiasa memandang serius jenayah berkenaan.

"Jabatan Perhutanan sentiasa menjalankan kerja-kerja penguatkuasaan undang-undang di semua daerah melalui perundangan Akta Perhutanan Negara 1984," kata Adnan.

Beliau berkata antara langkah yang diambil ialah penubuhan pasukan penguatkuasaan hutan di peringkat negeri dan daerah, mengadakan rondaan di kawasan sensitif termasuk menggunakan helikopter, dan menggunakan teknologi terkini bagi mengesan kegiatan mencuri balak.

"Pejabat Tanah dan Galian bersama pejabat Daerah dan Tanah juga bercadang mewujudkan zon penguatkuasaan dan pasukan petugas khas di samping mengingatkan semua penghulu di daerah mengenai peranan mereka sebagai pemberi maklumat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan