Pemilihan PKR Dilihat Untuk Perkukuh Kedudukan Anwar

Diterbitkan: Rabu, 24 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat yang berakhir Ahad lepas adalah medan bagi memperkukuhkan kedudukan penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata bekas setiausaha sulit beliau, Anuar Shaari.

Katanya laluan mudah untuk naib presiden Mohamed Azmin Ali memenangi jawatan timbalan presiden telahpun dijangka dari awal pemilihan berlangsung iaitu pada 29 Okt lepas.

"Keseluruhan hala tuju PKR ini telahpun dirancang oleh Anwar yang mahukan ahli-ahli tunduk pada kemahuan beliau yang mahukan Azmin menang.

"Dia memandu PKR untuk kepentingan sendiri iaitu untuk memanjangkan hayat politiknya, menggunakan parti untuk kes liwat beliau dengan mengadakan demonstrasi dan memberi tekanan kepada kerajaan, dan beliau sendiri tak ada hala tuju yang jelas membawa PKR," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai pemilihan parti itu yang menyaksikan Azmin mendahului saingan untuk jawatan timbalan presiden yang dikosongkan oleh Dr Syed Husin Ali.

Bagi jawatan naib presiden PKR, Nurul Izzah yang juga anak Anwar dan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, kini mendahului saingan bagi jawatan itu.

Anuar berkata adalah tidak menghairankan ramai tokoh dalam PKR meninggalkan parti itu selepas mendapati perjuangan yang dibawa tidak sehaluan.

"Yang keluar parti ini kalau kita lihat banyak yang sudah tidak sehaluan dengan ideologi parti politik itu. Bila menyertainya, mereka akan dapat lihat apa yang diperjuangkan PKR adalah lebih kepada perjuangan personaliti dan akhirnya perjuangan mereka untuk parti sia-sia," katanya.

Mengulas kenyataan Azmin baru-baru ini bahawa parti perlu dibersihkan daripada pengkhianat, Anuar berkata ia sebagai amaran kepada pencabar pada masa depan.

"Pada Azmin, istilah pengkhianat ialah mereka yang tak taat kepada mereka berdua, Azmin dan Anwar, dan bukannya kepada parti. Jika tidak sokong mereka, orang ini digelar pengkhianat di mata Azmin," katanya.

Anuar juga menyifatkan tindakan bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim yang keluar parti berkuatkuasa 16 Dis ini, sebagai tepat.

Katanya beliau melihat Zaid adalah seorang anggota politik yang jujur dalam perjuangan.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd Nor pula berkata beliau meninggalkan PKR pada 2006 selepas menjangkakan akan ada campur tangan Anwar untuk memenangkan calon pilihannya.

Katanya PKR bukan lagi sebuah parti yang memperjuangkan hak rakyat seperti mana matlamat penubuhannya.

Ia kini telah menjadi parti memenuhi cita-cita peribadi dan tempat untuk menyelesaikan masalah peribadi seseorang pemimpin, kata Ezam.

"Perjuangan rakyat yang dilaung-laungkan hanyalah topeng semata-mata. Dulu saya hanya menjangkakan (parti peribadi), kini ia jelas di depan mata dan ia tidak memberi langsung peluang untuk rakyat.

"Memang jelas apa yang dikatakan Datuk Zaid dan mereka yang telah keluar parti, mengenai adanya unsur manipulasi dan campur tangan menentukan barisan kepimpinan parti yang dipercayai Anwar," katanya.

Beliau berkata Zaid, yang juga bekas calon timbalan presiden PKR dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, bukanlah seorang yang gila kuasa sehingga sanggup keluar parti ekoran tidak mendapat sokongan ketika pemilihan PKR sedang beralngsung.

"Pada saya Datuk Zaid bukanlah orang macam itu. Beliau ini menyertai parti bukanlah jawatan, kuasa atau kedudukan. Kalau kita tengok sejarah beliau, beliau dulu seorang menteri dan bukannnya beliau dipecat tetapi meletak jawatan.

"Bukan semua orang boleh berbuat seperti beliau khususnya Anwar. Anwar tak pernah tinggalkan jawatan. Dia akan tunggu sampai dipecat (ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri)," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan