Malaysia Pandang Berat Situasi Tegang Di Semenanjung Korea

Diterbitkan: Rabu, 24 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia memandang berat terhadap situasi tegang di Semenanjung Korea akibat serangan artileri oleh Korea Utara ke atas Pulau Yeonpyeong di Korea Selatan dan berikutan balasan tembakan artileri dari Korea Selatan.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia juga mengecam insiden ini yang mengakibatkan tragedi kehilangan beberapa nyawa tentera Korea Selatan dan mencederakan beberapa orang yang lain.

"Malaysia menggesa semua pihak terbabit untuk mengelak daripada mengambil tindakan yang boleh menyebabkan bertambah lagi ketegangan dan menimbulkan ketidakstabilan di rantau ini," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau berkata Malaysia berharap semua pihak akan berusaha untuk memastikan keamanan dan kestabilan di Semenanjung Korea serta menumpukan usaha ke arah langkah-langkah membina kepercayaan dan keyakinan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan