Kebocoran Di Parlimen Semalam Akibat Rekahan Bumbung: Shaziman

Diterbitkan: Rabu, 24 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kebocoran yang berlaku di kafeteria Anggota Parlimen bersebelahan Dewan Rakyat semalam adalah akibat rekahan di bahagian sambungan bumbung yang sebelum ini melalui beberapa pengubahsuaian.

Memberi jaminan bangunan Parlimen selamat digunakan, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata ia bagaimanapun memerlukan kerja-kerja pengubahsuaian secara menyeluruh bagi mengelak masalah seperti kebocoran tidak berulang pada masa depan.

"Kementerian Kerja Raya akan membuat cadangan mengenai pengubahsuaian itu kepada Kabinet dalam tempoh dua minggu lagi," katanya pada sidang media selepas melihat kerosakan di kafeteria Anggota Parlimen, hari ini.

Beliau berkata, pengubahsuaian sebelum ini hanya membabitkan kawasan yang mengalami kerosakan dan kebocoran tetapi memandangkan Parlimen sudah berusia 47 tahun, ia memerlukan pengubahsuaian secara menyeluruh.

Untuk berbuat demikian, katanya dewan persidangan perlu dipindahkan buat sementara waktu ke dewan serbaguna berdekatan Parlimen dan keputusan itu hanya boleh dibuat oleh Kabinet.

"Setiap kali Parlimen bersidang, Jabatan Kerja Raya akan sentiasa memantau dan melakukan tinjauan terhadap keadaan bangunan Parlimen terutamanya selepas hujan untuk memeriksa sama ada berlakunya sebarang kebocoran," katanya.

Shaziman berkata, beliau meletakkan keutamaan tinggi terhadap bangunan Parlimen dengan memastikan keadaan keseluruhan sentiasa dijaga.

Beliau juga mengarahkan JKR supaya melakukan pemeriksaan ke atas bumbung-bumbung Parlimen terutama selepas hujan lebat untuk memastikan tiada kebocoran. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan