Hujan Sederhana Dijangka Berlaku Di Kelantan Dan Terengganu Ahad Ini

Diterbitkan: Rabu, 24 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hujan sekejap-sekejap dan kadangkala sederhana dijangka berlaku di beberapa daerah di Kelantan iaitu Tumpat, Kota Baharu, Bachok, Pasir Mas, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai mulai pagi Ahad ini dan dijangka berterusan sehingga Selasa, 30 Nov.

Menurut Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan pada Rabu, keadaan yang sama dijangka berlaku di Terengganu melibatkan daerah Setiu, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Marang.

Beberapa daerah di Kedah termasuk Kubang Pasu, Sik, Kota Setar, Pendang dan Yan serta Padang Terap, dan juga negeri Perlis turut dijangka mengalami keadaan yang sama mulai pagi Isnin ini sehingga malam Rabu, 1 Dis.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir kilat di kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan dengan tebing sungai.

Sementara itu, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di perairan Condore, Reef North dan Pulau Layang-Layang dijangka berterusan sehingga Isnin ini.

Keadaan yang sama turut dijangka berlaku di perairan Samui (Kelantan dan Terengganu), Labuan, Sabah (Pantai Barat, Pedalaman dan Kudat) bermula Jumaat ini sehingga Isnin, 29 Nov.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan