Agihan Pendapatan 6.0 Sen Seunit Untuk ASN 3 Imbang

Diterbitkan: Rabu, 24 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), pada Rabu, mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.00 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN 3) untuk tahun kewangan berakhir 30 November tahun ini.

Ini merupakan peningkatan sebanyak 0.5 sen seunit berbanding pengagihan pendapatan sebanyak 5.50 sen seunit tahun lepas.

Pengagihan pendapatan ini membabitkan jumlah peruntukan pembayaran sebanyak RM7.3 juta yang akan memanfaatkan seramai 10,952 pemegang unit yang melanggan 121.02 juta unit ASN 3.

Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata ASN3 menunjukkan prestasi yang lebih baik tahun ini selaras peningkatan ekonomi negara dan pasaran saham tempatan yang memberangsangkan.

Indeks FBM KLCI meningkat sebanyak 19.4 peratus daripada 1,259.11 mata pada 30 November tahun lepas berbanding 1,503.20 mata pada Isnin lepas (22 November).

Sehingga 22 November, ASN 3 meraih pendapatan kasar sebanyak RM8.52 juta.

Pendapatan daripada dividen menyumbang sebanyak RM3.02 juta atau 35.5 peratus manakala keuntungan daripada penjualan pelaburan sebanyak RM3.65 juta atau 42.8 peratus.

Lain-lain pendapatan menyumbang sebanyak RM1.85 juta atau 21.7 peratus daripada pendapatan kasar tersebut.

Pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan pegangan unit pada 30 November 2010, iaitu hari terakhir tahun kewangan ASN 3.

Pembayaran pengagihan pendapatan akan dilaburkan semula dalam bentuk unit secara automatik berdasarkan nilai aset bersih pada 30 November 2010.

Sementara itu, bagi pemegang unit yang melanggan unit-unit ASN 3 melalui Skim Pelaburan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pembayaran pengagihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan KWSP berkenaan.

Semua urus niaga bagi ASN 3 di pejabat-pejabat dan ejen-ejen ASNB telah ditangguhkan mulai 23 hingga 30 November ini bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan.

Para pemegang unit boleh mengemas kini buku pelaburan ASN 3 masing-masing di Ibu Pejabat, pejabat-pejabat atau ejen-ejen ASNB di seluruh negara mulai 1 Disember 2010.

ASN 3 ialah dana imbang dengan harga berubah-ubah yang disasarkan kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

Objektif tabung ini ialah untuk menjana pertumbuhan dalam jangka sederhana dan jangka panjang dengan melabur dalam portfolio pelaburan yang seimbang serta menerusi pelaburan semula pengagihan pendapatan, sekiranya ada.

ASN 3 juga tersenarai dalam Skim Pelaburan Ahli KWSP.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman yang ditanya mengenai saranan perwakilan Umno baru-baru ini supaya bangunan Warisan Merdeka dibangunkan di kawasan Kampung Baru, berkata tapak cadangan sedia ada di kawasan Stadium Merdeka merupakan lokasi yang stratagik.

"Yang penting sekarang ialah PNB cuba mendapatkan pulangan yang lebih baik dengan membangunkan tapak di stadium yang telah beli, dan apabila kita bangunkan nanti, sekurang-kurangnya kita mampu mendapat lapan hingga sepuluh peratus pendapatan berulang setiap tahun.

"Soal utama sekarang ialah bagaimana kita nak menggunakan aset sedia ada dan memperoleh pulangan yang maksimum," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan