ADUN BN Mahu Harakah Pohon Maaf Putar Belit Kenyataannya

Diterbitkan: Rabu, 24 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTEROWRTH: Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Pulau Betong Muhamad Farid Saad daripada Barisan Nasional memberi tempoh dua minggu kepada akhbar terbitan PAS, Harakah, supaya memohon maaf berhubung laporan yang tidak benar mengaitkan beliau.

Katanya jika akhbar itu gagal berbuat demikian dalam tempoh 14 hari ini, beliau akan mengambil tindakan undang-undang.

Muhamad Farid mendakwa akhbar itu telah memutar belit kenyataannya dalam forum bertajuk Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang pada 10 Nov lepas.

"Saya tidak pernah membuat kenyataan bahawa kesilapan pemimpin Umno adalah punca tanah orang Melayu berkurangan di Pulau Pinang seperti yang dilaporkan akhbar berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang di sini malam Selasa.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

Muhamad Farid menjelaskan bahawa dalam forum berkenaan beliau menyatakan betapa pentingnya untuk mencari penyelesaian berhubung masalah orang Melayu di Pulau Pinang.

"Apa yang saya nyatakan adalah penting supaya kita semua memandang ke depan dan menutup buku lama bagi mencari jalan penyelesaian bagaimana untuk membantu orang Melayu di negeri ini, bukannya menunding jari kepada mana-mana pihak," katanya.

Harakah pada 15 Nov lepas melaporkan bahawa Muhamad Farid mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno semasa berkuasa menjadi punca tanah orang Melayu makin berkurangan di Pulau Pinang.

Akhbar itu turut melaporkan bahawa Muhamad Farid sebagai generasi muda dalam Umno mahu memperbaikinya sekaligus memastikan tanah yang masih dimiliki orang Melayu tidak diambil untuk pembangunan tidak terancang. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan