Tanah Runtuh Di Desa Hartamas: Seorang Pekerja Binaan Maut

Diterbitkan: Selasa, 23 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja binaan warga Indonesia maut dalam kejadian tanah runtuh ketika melakukan kerja-kerja membuat tembok penahan di sebuah banglo mewah di Desa Hartamas di sini petang ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang ketika mangsa yang dikenali sebagai Hasib, 27, dari Madura, Indonesia, sedang membuat tembok penahan tanah runtuh itu bersama dua rakannya selepas hujan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, siasatan awal mendapati kepala mangsa terhantuk di tembok penahan berkenaan sebelum ditimbus tanah runtuh sedalam kira-kira dua meter.

"Kerja-kerja mengeluarkan mangsa mengambil masa setengah jam oleh beberapa anggota pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Sri Hartamas sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat," katanya kepada Bernama hari ini.

Seorang rakan mangsa yang dikenali sebagai Subarto Pukiman, 49, berkata ketika kejadian, beliau cuba menyelamatkan rakannya, namun tidak sempat kerana tanah runtuh secara tiba-tiba.

"Selepas Hasib tertimbus, saya memanggil kawan-kawan lain untuk mengeluarkannya dengan menggunakan jentolak, namun ia amat sukar...tidak lama selepas itu, polis dan bomba tiba di tempat kejadian," katanya yang sudah empat tahun bekerja bersama mangsa di negara ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan