Persidangan DUN Sabah Ditangguh Kerana Wakil Pembangkang Sebut 'Rubbish'

Diterbitkan: Selasa, 23 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ditangguh selama 23 minit hari ini selepas kekecohan berlaku melibatkan seorang anggota pembangkang dengan beberapa penyokong kerajaan.

Keadaan itu tercetus selepas Jimmy Wong Sze Phin (DAP-Sri Tanjong) didakwa mengatakan peraturan dewan sebagai "rubbish" (karut) ketika membahaskan Bajet Negeri 2011.

Kenyataan Wong bahawa kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi baru-baru ini sebagai bukan satu kemenangan cemerlang telah mendorong Datuk Ramlee Marhaban (BN-Bugaya) meminta wakil pembangkang itu memberi penjelasan.

Kemudian, Datuk Saddi Abdul Rahman (BN-Sukau) pula bangun untuk menyatakan kenyataan Wong itu seolah-olah mendakwa kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman pada pilihan raya kecil itu sebagai tidak baik.

Selepas beberapa perbalahan dengan beberapa anggota BN lain, Timbalan Ketua Menteri Datuk Yahya Hussin meminta Timbalan Speaker Datuk Johnny Mositun supaya tidak memberi peluang kepada Wong untuk meneruskan perbahasan.

Mositun kemudian menangguhkan persidangan.

Apabila dewan bersidang semula, Speaker Datuk Juhar Mahiruddin mengambil alih dan memberi peluang kepada Wong untuk meneruskan perbahasannya selepas anggota pembangkang itu menarik balik perkataan "rubbish".

Juhar juga meminta Ramlee menarik balik perkataan "bukan manusia' yang dilemparkan terhadap Wong selepas dibangkitkan oleh Melanie Chia (SAPP-Luyang).

Bagaimanapun, Ramlee menafikan dakwaan itu dan Juhar mengarah agar Hansard dirujuk sekiranya dakwaan itu benar dan memberi peluang kepada Ramlee untuk menarik balik kenyataan itu esok. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan