Pendapatan Program Inap Desa Di Sabah Mencecah RM2 Juta

Diterbitkan: Selasa, 23 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Pendapatan daripada program inap desa di Sabah meningkat kepada RM2,292,555.12 tahun lepas berbanding RM528,759.54 tiga tahun sebelumnya.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Ellron Alfred Angin berkata 15,244 orang pelancong menyertai program itu tahun lepas berbanding 5,152 orang pada 2006.

"Setakat Oktober tahun ini, pengusaha inap desa telah merekodkan pendapatan RM1,867,619.60 dengan jumlah pelancong seramai 12,601 orang," katanya ketika menjawab soalan Datuk Justin Guka (BN-Bingkor) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini, Selasa.

Terdapat 237 pengusaha inap desa berdaftar di 19 kampung dalam 12 daerah di Sabah.

Angin berkata kerajaan negeri berharap pendapatan dan jumlah pelancong tahun ini akan bertambah baik dari tahun-tahun sebelumnya. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan