Keldai Dadah: 785 Rakyat Malaysia Ditahan Di Luar Negara

Diterbitkan: Selasa, 23 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 785 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana menjadi 'keldai dadah' sejak hampir 20 tahun lalu.

Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay berkata, daripada angka itu wanita mencatatkan jumlah tertinggi yang ditahan atas kesalahan tersebut.

"Sehingga bulan lalu terdapat seramai 785 atau 50.4 peratus rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana terlibat dengan aktiviti penyeludupan dadah atau menjadi mangsa 'keldai dadah'," katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Selasa.

Menurutnya sejak 1991 hingga Oktober 2010, sebanyak 1,560 kes dilaporkan membabitkan rakyat ditahan di luar negara atas pelbagai kesalahan jenayah termasuk 785 kes melibatkan kesalahan dadah.

Menurut Kohilan lagi, sejak Januari hingga Oktober 2010, terdapat sebanyak 315 kes melibatkan pelbagai kesalahan dicatakan membabitkan rakyat Malaysia.

Beliau berkata demkian bagi menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) mengenai jumlah terkini rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara.

Bagi menangani gejala 'keldai dadah', beliau menggesa kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa, agensi kerajaan seperti kastam, imigresen dan polis supaya memastikan aktiviti berkenaan tidak terus menular.

"Kementerian juga sentiasa memberi kesedaran kepada rakyat di negara ini seperti dengan mewujudkan pusat maklumat sehenti bagi menyalurkan maklumat dan peringatakan berhubung kesan jika terlibat dengan sindikit penyeludupan dadah antarabangsa.

"Ibu bapa juga perlu memantau dan menasihatkan anak-anak mereka agar tidak terpedaya atau dengan rela membawa beg bagi pihak ketiga kerana dikuatiri akan menadi mangsa penyeludupan dadah atau 'keldai dadah'," katanya.

Tambahnya kes membabitkan wanita kian meningkat dan ia mungkin disebabkan golongan berkenaan mudah terpedaya dengan tawaran gaji lumayan oleh pihak sindikit pengedaran dadah

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan