Sudah Ada NGO, Individu Minat Sertai BN - Ahmad Maslan

Diterbitkan: Isnin, 22 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Keputusan Barisan Nasional (BN) memperkenalkan sistem keahlian terus mendapat sambutan menggalakkan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berminat menyertai parti itu

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, perkembangan terkini itu membimbangkan pakatan pembangkang yang mendakwa parti-parti komponen semakin hilang pengaruh sehingga terpaksa membuka keahlian terus BN.

"“Kewujudan sistem keahlian itu sebenarnya menunjukkan transformasi politik yang menakjubkan dilakukan oleh Dewan Tertinggi BN.

“Ini ternyata mencabar parti pembangkang berikutan langkah bernas itu mengukuhkan BN apabila mendapat sokongan rasmi dan lebih terbuka daripada rakyat,” katanya kepada mStar Online di sini, Isnin.

Beliau mengulas dakwaan pembangkang itu selepas Dewan Tertinggi BN pada Sabtu membuat keputusan bersetuju meminda perlembagaan bagi membolehkan sistem keahlian terus diperkenalkan berkuat kuasa serta-merta.

Pindaan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu bagi membolehkan sesiapa sahaja yang percaya kepada prinsip dan perjuangan parti itu.

Pindaan tersebut adalah:

Ahli bersekutu - sesiapa sahaja yang ingin menyertai BN boleh memohon secara terus bagi menjadi ahli bersekutu. Bagaimanapun hak dan keistimewaannya tidak akan sama seperti ahli parti komponen lain.

Ahli bergabung – terbuka kepada badan bukan kerajaan (NG) dan pertubuhan politik untuk bekerjasama dengan BN.

Kelab Sahabat BN – terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menjadi rakan BN.

Kelab Rakan Muda BN – terbuka kepada golongan belia berusia antara 18 hingga 21 tahun yang menyokong BN tetapi masih belum menjadi pengundi.

Dalam pada itu, Ahmad Maslan turut menolak dakwaan pakatan pembangkang bahawa langkah itu terpaksa dibuat kerana untuk menutup kelemahan parti komponen BN.

Ahmad berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin pembangkang hanya remeh-temeh yang mahu menuntup kebimbangan mereka terhadap pengaruh BN di kalangan rakyat.

“Kewujudan sistem keahlian itu sebenarnya menunjukkan transformasi politik yang menakjubkan dilakukan oleh Majlis Tertinggi BN.

“Ini ternyata mencabar parti pembangkang berikutan langkah bernas itu mengukuhkan BN apabila mendapat sokongan rasmi dan lebih terbuka daripada rakyat,” katanya.

Menurut beliau, kata-kata negatif yang dilemparkan parti-parti pembangkang terutama melibatkan isu perkauman tidak lagi berasas apabila pengenalan keahlian terus lebih bersikap terbuka.

“Sebelum ini ada yang mengatakan BN hanya sebuah parti untuk satu-satu kaum sahaja. Tetapi keahlian terus ini membuka penyertaan untuk semua rakyat bersesuaian dengan hasrat 1Malaysia.

“Lebih ramai yang menyertai BN adalah lebih bagus kerana parti ini melibatkan semua kaum. Saya yakin kesannya akan mengukuhkan BN sekali gus menjejaskan parti pembangkang.

“Apa saja tohmahan atau kenyataan mereka sekadar psikologi politik bagi menutup kebimbangan terhadap pengukuhan BN dan parti komponen,” katanya.

Sementara itu, rata-rata pemimpin pembangkang berpendapat, langkah itu adalah untuk menutup kelemahan parti komponen dalam BN yang semakin tidak mendapat sokongan rakyat.

Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayub berkata, keputusan terbaru itu bukan satu inovasi yang perlu dibanggakan.

Dalam pada itu, Salehuddin berkata, sama ada rakyat atau NGO yang mahu menyertai BN, itu terpulang kepada pilihan masing-masing.

Namun katanya, perkara tersebut masih belum dapat mempengaruhi mereka untuk menyertai mana-mana parti komponen BN.

“Saya juga yakin keputusan yang dibuat Najib itu tidak memberi kesan langsung kepada prestasi dan pengembangan Pakatan Rakyat,” katanya lagi.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustaffa Kamil Ayub menyifatkan pendekatan baru BN membuktikan parti komponennya semakin lemah dan ‘longgar’.

“Ia tidak menjejaskan kedudukan PKR mahu pun Pakatan Rakyat kerana kebanyakan NGO bersikap berkecuali tanpa mengira mana-mana parti, sama ada parti komponen kerajaan atau pembangkang.

“Mereka lebih fokus dalam memperjuangkan nasib rakyat maka penyertaan dalam BN mungkin mempengaruhi matlamat sebenar penubuhan NGO,” katanya.

Bagaimanapun Mustaffa tidak menolak sekiranya terdapat NGO dengan berani akan menyertai BN atas dasar kepentingan.

Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke pula berkata, keahlian terus sebenarnya melambangkan parti pemerintah tidak yakin terhadap komponen partinya sendiri sehingga terpaksa menghasilkan idea baru bagi mendapatkan sokongan pihak luar.

Ini kerana katanya, ramai yang tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti komponen itu seperti MCA, MIC dan Gerakan apatah lagi menyokongnya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan