ROS Syor Nama Baru Pakatan Pembangkang

Diterbitkan: Isnin, 22 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pendaftar Pertubuhan (ROS) mencadangkan nama Pakatan Rakyat ditambah perkataan 'Malaysia' menjadi Pakatan Rakyat Malaysia sebagai nama rasmi gabungan pembangkang bagi mencerminkan imej nasional.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution berkata, syor itu dinyatakan ROS semasa pertemuan beberapa bulan lalu bagi membincangkan cadangan permohonan pakatan pembangkang PKR-PAS-DAP.

"Itulah kali terakhir kita bertemu mereka dan sehingga kini kita belum menerima apa-apa maklum balas daripada ROS. Kali terakhir kita bertemu ROS beberapa bulan lalu, mereka cadangkan nama Pakatan Rakyat ditambah dengan perkataan 'Malaysia' menjadi Pakatan Rakyat Malaysia bagi cerminkan imej nasional.

"Tapi sampai sekarang kita tunggu... belum ada apa-apa," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Pakatan Rakyat mengemukakan permohonan kepada ROS untuk menjadi gabungan rasmi pada November tahun lalu bagi menggunakan satu lambang.

Bagaimanapun semalam BERNAMA melaporkan Ketua Pengarah ROS, Datuk Md Alias Kalil berkata, pihaknya belum menerima permohonan pakatan pembangkang untuk mendaftarkan lambang parti pakatan itu.

Ditanya sama ada Pakatan Rakyat menghadapi masalah dari segi ideologi parti komponennya, Saifuddin berkata pihak gabungan itu tidak menghadapi masalah sedemikian sebaliknya hanya berkaitan soal taktikal.

"Apa yang disuarakan ialah kebimbangan jika kita gunakan satu lambang untuk bertanding pada pilihan raya iaitu kekeliruan di kalangan pengundi tradisi di kawasan pedalaman.

"Apa yang mereka faham apabila disebut pilihan raya (pertandingan) antara BN (Barisan Nasional) atau Umno lawan PAS... itu sahaja. Mereka kenal lambang dacing untuk BN dan lambang bulan untuk PAS.

"Apabila kita adakan satu simbol, lawan politik boleh kata PAS tak bertanding tahun ini sebab tak ada (lambang) bulan. Ini satu contoh yang kita dikautiri akan sebabkan kekeliruan di kalangan pengundi tradisi di kawasan pedalaman," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan