Pulau Pinang Mahu Rais Buktikan Melaka Lebih Baik Pulihara Khazanah Warisan - Berita Semasa | mStar

Pulau Pinang Mahu Rais Buktikan Melaka Lebih Baik Pulihara Khazanah Warisan

Diterbitkan: Isnin, 22 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang mahu Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim membuktikan dakwaan bahawa Melaka lebih baik dari negeri ini dalam usaha mempromosikan seni, budaya dan warisan.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng mendakwa, kenyataan itu berbaur politik sedangkan pegawai kementerian itu berpendapat sebaliknya iaitu negeri ini telah melakukan yang terbaik dalam mempromosi khazanah warisan sejak bandar raya ini disenaraikan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Tapak Warisan Dunia.

“Dr Rais jangan lupa yang negeri ini telah dianaktirikan dalam pembahagian dana sebanyak RM25 juta selepas diiktiraf UNESCO bersama Melaka.

“Melaka dapat RM30 juta dan kami dikritik tidak buat secukupnya untuk memulihara khazanah warisan tetapi walaupun begitu kita telah buat yang terbaik di lima kawasan warisan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Lim mengulas kenyataan Rais pada Sabtu yang menyebut komitmen negeri ini jauh terkebelakang jika dibandingkan Melaka.

Beliau berkata, kerajaan negeri sepatutnya lebih agresif mempromosikan nilai warisan.

Rais berkata, Kerajaan Negeri Melaka lebih terbuka menerima cadangan Kerajaan Pusat.

“Kita telah tubuhkan Perbadanan Warisan Dunia George Town dan pengurus besarnya, Maimunah Mohd Sharif telah dipilih oleh kementerian mewakili Malaysia ke persidangan UNESCO.

“Yang kedua, kami menganjurkan Festival Warisan yang pertama di negara ini pada Julai, dan ketiga kita mewujudkan Panel Penilai Teknikal Warisan, diikuti langkah kerajaan negeri memberikan kerjasama sepenuhnya dengan kementerian bersama-sama dengan inisiatif pemuliharaan warisan kami.

“Yang terakhir, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM3 juta untuk tujuan pemuliharaan di bawah bajet 2011," tambahnya.

Lim berkata, kerana itu tuduhan Rais tidak berasas sama sekali.

Katanya, menteri itu sepatutnya mendengar nasihatnya dan tidak mempolitikkan soal pemuliharaan warisan serta melayan negeri ini sama adil seperti Melaka dalam menyalurkan dana.

“Dia sepatutnya bekerjasama daripada berbalah, dan menghormati kepakaran masing-masing dan mencari kebenaran dengan fakta.

“Pemuliharaan khazanah warisan adalah simbol kepada maruah dan kebanggaan negara.

“Atas kepentingan negara, kerajaan negeri tidak mengemukakan aduan kepada UNESCO atas sikap pilih kasih Kerjaan Pusat sekarang sedangkan kita amat berhak berbuat demikian,” tambahnya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan