PKR Sahkan Pengunduran Zaid Berkuat Kuasa Serta-Merta

Diterbitkan: Isnin, 22 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan permohonan keluar parti Datuk Zaid Ibrahim berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, Biro Politik parti yang bermesyuarat pada Ahad bersetuju agar pengunduran Zaid disegerakan tanpa menunggu tarikh 16 Disember seperti yang dikehendaki bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu sebelum ini.

Beliau menyifatkan keputusan berkenaan tidak dianggap 'memecat' dari parti sebaliknya sekadar 'menunaikan hasrat' Zaid yang mahu meninggalkan PKR.

"Ibu Pejabat parti menerima surat Datuk Zaid pada 19 November pada pukul 10.30 pagi, jadi Biro Politik mengambil keputusan untuk tunaikan dengan segera hasrat beliau itu.

"Kita bukan pecat kerana beliau hantar surat... sekadar nak mudahkan Datuk Zaid untuk aturkan langkah yang seterusnya," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Jumaat lalu Zaid secara rasmi mengumumkan pengundurannya daripada PKR berkuat-kuasa pada 16 Disember namun menafikan tarikh berkenaan mempunyai signifikasi tertentu.

Beliau turut menyatakan hasrat untuk menubuhkan sebuah parti baru dan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan