Pemilihan PKR Cabang Kuala Langat Khamis ini

Diterbitkan: Isnin, 22 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) menetapkan pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bagi cabang Kuala Langat yang dibatalkan semalam diadakan semula pada Khamis ini.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata Ibu Pejabat parti dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) akan mengambil-alih proses pemilihan bagi cabang berkenaan bagi mengelakkan berlakunya sebarang kekecohan.

"Pemilihan MPP di Kuala Langat akan diadakan pada Khamis ini iaitu 25 November bermula pukul 3 petang hingga 9 malam.

"Persiapan lojistik akan diambil alih oleh PKR negeri. Manakala Ibu Pejabat dan JPP akan turun mengendalikan pemilihan di cabang Kuala langat dengan alasan bahawa hak anggota perlu diberi keutamaan," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Selain cabang Kuala Langat, tiga cabang lain yang turut gagal mengadakan pemilihan masing-masing sehingga pusingan akhir tamat semalam ialah Tanjong Piai (Johor) serta Tanjong Manis dan Baram di Sarawak.

"Bagi ketiga-tiga cabang berkenaan pemilihan tidak dapat diadakan kerana anggota tidak keluar mengundi... ada juga kerana anggota tak ramai," katanya.

Selain itu tambah Saifuddin, empat cabang lain yang sebelum ini terpaksa menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) masing-masing telah melaksanakan pemilihan serentak semalam.

"Keempat-empat cabang yang dulunya tertangguh telah berjata laksanakan proses pemilihan peringkat MATC dan MPP dengan baik.

"Empat cabang berkenaan ialah Kota Tinggi (Johor), Parit Sulong (Johor), Sirian (Sarawak) dan Batang Sadong (Sarawak)," katanya.

Sementara itu Saifuddin turut mengesahkan mengenai laporan bahawa berlakunya insiden kehilangan dua kertas undi bagi dua cabang pada pemilihan MPP semalam.

"Salah satunya melibatkan Cabang Pandan, kedua-dua kertas undi kita kesan hilang semasa proses penghantaran.

"Perkara ini sedang kita siasat, sistem kita mampu mengesan kehilangan nombor itu dan menerusi maklumat pencuri itu beri (kertas undi) kepada penulis penulis blog," katanya.

Katanya sehingga pemilihan peringkat MPP tamat semalam, JPP menerima sebanyak sembilan aduan berkaitan proses pengundian.

Mengulas mengenai Kongres Nasional PKR yang akan berlangsung bermula 26 November ini, beliau berkata tumpuan akan diberikan kepada Ucapan Dasar Presiden yang akan menyentuh mengenai pengukuhan dan pengupayaan PKR sebagai parti pelbagai kaum.

"Tumpuan ucapan juga ialah bagi mengukuhkan lagi imej PKR sebagai parti masa depan yang melaksanakan beberapa inovasi baru termasuk pengundian langsung serta komitmen PKR untuk mengukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat," katanya.

Seramai 2,460 perwakilan dan 1,025 pemerhati berdaftar akan menghadiri kongres berkenaan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan