Lebih Separuh Tandas Awam Di Seluruh Negara Kotor

Diterbitkan: Isnin, 22 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Walaupun pelbagai langkah diambil bagi meningkatkan kebersihan tandas awam, satu audit menunjukkan 3,000 daripada 5,764 tandas di seluruh negara adalah kotor.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung berkata audit menerusi kaedah penarafan oleh Pihak Berkuasa Tempatan menunjukkan 51.6 peratus daripada tandas awam hanya mampu mencapai tahap satu atau dua bintang, dan hanya tujuh peratus atau kira-kira 400 tandas yang mencapai taraf lima bintang, iaitu kebersihan paling memuaskan.

"Daripada data tersebut, nampaknya masih jauh lagi perjalanan kita untuk mencapai tahap tandas awam yang baik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sambutan Hari Tandas Sedunia dan Seminar Kesihatan Persekitaran Peringkat Kebangsaan 2010 di sini hari ini.

Bagi memastikan tandas di premis-premis awam tidak terus kotor, Chor berkata tindakan penguatkuasaan oleh PBT terhadap mana-mana premis awam yang tandasnya terlampau kotor akan diperketatkan lagi mulai tahun depan, antaranya membuat pemeriksaan mengejut dua kali setahun, di samping pemeriksaan biasa.

Menurut beliau, jika inisiatif sebegini tidak dijalankan, ia bukan sahaja akan menyebabkan masalah sanitasi dan kesihatan kepada masyarakat tetapi turut menjejaskan imej negara di mata pelancong asing.

"Saya pasti jika tandas-tandas di stesen minyak, restoran dan di tempat awam yang lain kotor, tiada pelancong dari negara maju yang mahu datang melancong ke negara ini," katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai pindaan perlembagaan Barisan Nasional (BN), Chor yang juga Naib Presiden MCA berkata, satu mekanisme terbaik perlu diadakan bagi memastikan hanya anggota parti yang layak sahaja dipilih sebagai calon BN dalam pilihan raya.

"Cadangan Perdana Menteri itu memang mempunyai aspek yang positif, tetapi kalau sesiapa sahaja boleh jadi ahli BN, maka macam mana kita nak cari kaedah terbaik dalam melantik wakil BN untuk pilihan raya jika mereka tidak menjadi ahli dalam parti?

"Adakah ini bermakna sesiapa sahaja boleh jadi calon (kerana mereka masuk secara bersendirian dan tidak perlu melalui parti). Ini yang perlu diperjelaskan," katanya.

Sabtu lepas, Dewan Tertinggi BN bersetuju meminda perlembagaannya dengan memperkenalkan keanggotaan bersekutu dan keanggotaan bergabung secara terus.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan bersejarah itu memperlihatkan usaha BN dalam menjadi parti yang inklusif dan terbuka kepada semua yang berkongsi pada konsep, prinsip dan dasar perjuangan parti pemerintah berkenaan serta selesa dan serasi jika menjadi anggota bersekutu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan