Kem Ibadah Kanak-kanak Di Masjid Negara Bulan Depan

Diterbitkan: Isnin, 22 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Masjid Negara akan menganjurkan kem ibadah untuk kanak-kanak berumur sembilan hingga 11 tahun selama tiga hari mulai 10 Disember ini.

Program itu yang antara lain mengandungi program riadah berkonsep, bisikan nurani, solat, mutiara iman, anak soleh permata negara dan interaktif, terbuka bagi pelajar perempuan dan lelaki, menurut kenyataan akhbar Masjid Negara Isnin.

Program dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertujuan melahirkan generasi yang taat, berakhlak mulia dan mempunyai jati diri yang tinggi dalam menghadapi ujian dan cabaran selain melahirkan generasi soleh dan solehah serta cemerlang di dunia dan akhirat, kata kenyataan itu.

Pembimbing program terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi. Yuran penyertaan adalah RM30 seorang, yang tidak akan dikembalikan sekiranya peserta menarik diri.

Mereka yang berminat diminta menghubungi urus setia program menerusi talian 03-26937784, Ustaz Naziz di talian 012-6870352 atau Ustaz Nik Reduan di talian 019-2064963.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan