Azmin Dipilih Timbalan Presiden PKR - Berita Semasa | mStar

Azmin Dipilih Timbalan Presiden PKR

Diterbitkan: Isnin, 22 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seperti yang dijangkakan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berjaya menewaskan pencabarnya dalam perebutan jawatan timbalan presiden parti itu dengan majoriti besar selepas proses pengundian rasmi pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) berakhir Ahad.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diperoleh, Azmin mendapat 19,212 undi berbanding pencabarnya, Mustaffa Kamil Ayub yang hanya mendapat 4,567 undi.

Keputusan itu berdasarkan 214 daripada 222 cabang PKR yang berjaya mengadakan pemilihan, lapor Malaysiakini.

Begitu juga dalam persaingan nombor tiga parti apabila dimenangi oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Selain anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, turut memenangi jawatan sama ialah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mansor Othman.

Berikut jumlah undi yang diterima mereka: Nurul Izzah (13,170), Tian Chua (11,460), Fuziah (8,891), Mansor (8,477), Dr. Xavier Jayakumar (6,984), N. Gobalakrishnan (6,721) dan Yahya Sahri (6,436).

Keputusan rasmi akan diumumkan dalam kongres PKR di Petaling Jaya hujung minggu ini.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan