PBPM Cadang Elaun Bulanan Untuk Bekas Polis Zaman Darurat

Diterbitkan: Ahad, 21 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) berharap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan agar bekas anggota polis yang pernah berkhidmat ketika zaman darurat antara tahun 1948 dan 1963 diberi elaun bulanan bagi mengenang jasa mereka kepada negara.

Presiden PBPM Shafie Bakri berkata kertas cadangan mengenai perkara itu telah diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 16 Nov lepas.

"Pengorbanan mereka amat besar termasuk semasa mempertahankan negara daripada ancaman komunis.

"Banyak di kalangan bekas polis zaman darurat yang hidup dalam keadaan daif," katanya semasa melawat seorang bekas anggota polis zaman darurat, Othman Ahmed di Kuala Sanglang dekat sini, Ahad.

Hadir sama, Pengerusi PBPM Perlis, Ghazali Mohamad.

Othman, 84, merupakan bekas anggota polis khas yang pernah bertugas di Balai Polis Kulim, Jeniang, Gurun dan Alor Setar antara 1950 dan 1957.

Mengenai bantuan banjir bagi anggota PBPM di Kedah dan Perlis, beliau berharap mereka menghubungi pejabat PBPM negeri masing-masing bagi mendapatkan borang permohonan bantuan Tabung Amanah Warisan Polis 5 (TAWP5).

Bagi anggota PBPM Kedah, mereka juga boleh menghubungi Pengerusi PBPM Kedah, Ishak Yahya di talian 013-4580040 atau timbalannya, Sulaiman Awang (013-4854859) manakala di Perlis mereka boleh menghubungi Pengerusinya, Ghazali Mohamad (019-5728860) atau timbalannya, Baharom Daoh (012-5364206).

Mereka juga boleh berhubung terus pejabat urusetia di talian 03-40417777 atau 03-40457877 atau melayari laman web PBPM di www.bekaspolis.com untuk keterangan lanjut.

Orang ramai, syarikat swasta dan agensi-agensi kerajaan yang ingin menghulurkan sumbangan melalui PBPM bagi tujuan disalurkan kepada anggota-anggota yang memerlukan boleh berbuat demikian melalui Tabung Prihatin PBPM, katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan