Naib Pengerusi DAP Kulasegaran Mahu Anggota Tidak Emosi

Diterbitkan: Ahad, 21 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Naib Pengerusi DAP M. Kulasegaran hari ini meminta anggota parti itu terutama kalangan kaum India supaya tidak melakukan bantahan bagi melahirkan kekecewaan ekoran kekalahan beliau dalam pemilihan pada Konvensyen DAP Perak Ahad lepas.

Beliau berkata walaupun ada sebahagian anggota parti dari kaum India yang terkilan dengan kekalahan itu tetapi ia tidak harus dijadikan alasan untuk membuat bantahan.

Kulasegaran, yang juga Anggota Parlimen Ipoh Barat, tewas dalam pemilihan dan kehilangan jawatan Timbalan Pengerusi DAP Perak. Kulasegaran juga menolak tawaran untuk dilantik sebagai Naib Pengerui DAP Perak.

"Jangan terlalu emosi dengan perkara itu sebaliknya tumpukan sepenuh perhatian kepada kerja-kerja parti sementara saya mencari jalan menanganinya," katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai laporan sekumpulan anggota DAP di Pulau Pinang mahu membuat bantahan terhadap kekalahan beliau, Ahad.

Kulasegaran berkata beliau menerima banyak panggilan serta khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa beliau mangsa sekumpulan pemimpin DAP Perak yang mahu menyingkirnya.

Katanya semua anggota DAP diharap tidak terperangkap dengan sentimen yang dimainkan oleh sesetengah pihak berkepentingan.

Kulasegaran semalam menegaskan beliau akan tetap setiap bersama DAP dan tidak akan meninggalkan parti itu.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan