LKIM Sedia 300 Buah Rumah Untuk Nelayan Miskin Tegar - Berita Semasa | mStar

LKIM Sedia 300 Buah Rumah Untuk Nelayan Miskin Tegar

Diterbitkan: Ahad, 21 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kelantan menyediakan 300 buah rumah bernilai RM35 juta kepada nelayan miskin tegar di negeri ini.

Pengarahnya, Wan Mohd Adnan Wan Ibrahim berkata rumah-rumah Projek Penempatan Semula Nelayan Tok Bali, dibina dengan konsep moden di satu lokasi berhampiran kompleks LKIM Tok Bali, di Pasir Puteh.

"Projek penempatan semula itu bagi membantu nelayan yang dikenal pasti miskin tegar di negeri ini memiliki rumah sendiri yang lebih selesa.

"Pembinaan rumah-rumah berkenaan telah dimulakan pada April lalu dan dijangka siap pada penghujung tahun hadapan," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan Secara Tunai di sini, Ahad.

Pada majlis itu, seramai 600 nelayan menerima elauan sara hidup sebanyak RM200 setiap seorang.

Selain pembinaan rumah, nelayan miskin tegar berkenaan turut diberi pendedahan dan bimbingan untuk mengusahakan projek komersial berasaskan pertanian dan hasil laut.

Langkah itu bertujuan memberi pendapatan tambahan kepada golongan berkenaan, seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan