Khidmat Doktor Luar Bagi Atasi Kekurangan Pegawai Perubatan Di Hospital Kerajaan

Diterbitkan: Ahad, 21 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Kerajaan sedang berusaha mendapatkan lebih ramai doktor dari luar negara, termasuk Mesir dan Pakistan, untuk berkhidmat secara kontrak di hospital kerajaaan mengatasi kekurangan pegawai perubatan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, ketika ini, seramai 700 doktor atau pegawai perubatan dari luar negara sedang berkhidmat di Malaysia bagi mengurangkan masalah kekosongan sebanyak 50 peratus kakitangan perubatan yang dihadapi Kementerian Kesihatan.

Katanya, pada masa yang sama, kerajaan menawarkan insentif termasuk menyingkatkan tempoh kenaikan pangkat ke tangga gaji U54, jawatan tertinggi sebagai pegawai perubatan secara automatik, selepas berkhidmat selama 10 tahun berbanding 20 tahun sebelum ini.

"Langkah ini adalah untuk menggalakkan pegawai perubatan ini terus kekal berkhidmat di negara sendiri, dan usaha ini sudah mula menampakkan kejayaan," katanya kepada pemberita di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini, Sabtu.

Dalam perkembangan berkaitan, Liow memberi jaminan akan membantu mengatasi masalah kekurangan doktor pakar di hospital berkenaan dengan segera.

Beliau berkata hospital berkenaan mengalamai kekurangan 10 orang pakar daripada 46 kekosongan jawatan tersebut.

Liow berkata pihaknya juga merancang membina sebuah bangunan klinik pakar setinggi empat tingkat di kawasan hospital berkenaan menerusi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) untuk mengatasi kesesakan yang berlaku di hospital tersebut.

Terdahulu dalam lawatannnya, beliau turut memuji pengurusan Hospital Pakar Sultanah Fatimah yang berjaya menjadikan hospital itu sebagai hospital komuniti dengan berjaya membawa badan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan dan lembaga pelawat bersama-sama menjayakan program hospital komuniti. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan