Keahlian Terus: BN Mahu Tutup Kelemahan Parti Komponen

Diterbitkan: Ahad, 21 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Keputusan Barisan Nasional (BN) memperkenalkan sistem keahlian terus tidak akan menjejaskan pakatan pembangkang.

Rata-rata pemimpin pembangkang sebaliknya mendakwa, langkah itu adalah untuk menutup kelemahan parti komponen dalam BN yang semakin tidak mendapat sokongan rakyat. Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayub berkata, keputusan terbaru itu bukan satu inovasi yang perlu dibanggakan.

"Pindaan perlembagaan yang dilakukan BN adalah hak parti itu sebagai satu perubahan bagaimanapun, saya tidak nampak inovasi yang ditunjukkan.

“Tidak apa yang pelik atau istimewa pun. Apa yang penting bagi terhadap keputusan itu adalah mendapat sokongan daripada ramai ahli,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Ahad.

Beliau mengulas keputusan Dewan Tertinggi BN pada Sabtu yang bersetuju meminda perlembagaan bagi membolehkan sistem keahlian terus diperkenalkan berkuat kuasa serta-merta.

Pindaan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu bagi membolehkan sesiapa sahaja yang percaya kepada prinsip dan perjuangan parti itu.

Pindaan tersebut adalah:

Ahli bersekutu - sesiapa sahaja yang ingin menyertai BN boleh memohon secara terus bagi menjadi ahli bersekutu. Bagaimanapun hak dan keistimewaannya tidak akan sama seperti ahli parti komponen lain.

Ahli bergabung – terbuka kepada pertubuhan bukan kerajaan dan pertubuhan politik untuk bekerjasama dengan BN.

Kelab Sahabat BN – terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menjadi rakan BN

Kelab Rakan Muda BN – terbuka kepada golongan belia berusia antara 18 hingga 21 tahun yang menyokong BN tetapi masih belum menjadi pengundi.

Dalam pada itu, Salehuddin berkata, sama ada rakyat atau badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu menyertai BN, itu terpulang kepada pilihan masing-masing.

Namun katanya, perkara tersebut masih belum dapat mempengaruhi mereka untuk menyertai mana-mana parti komponen BN.

“Saya juga yakin keputusan yang dibuat Najib itu tidak memberi kesan langsung kepada prestasi dan pengembangan Pakatan Rakyat,” katanya lagi.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustaffa Kamil Ayub menyifatkan pendekatan baru BN sekadar menutup kelemahan parti itu.

Jelasnya, banyak parti komponennya semakin lemah dan ‘longgar’ maka langkah mewujudkan keahlian terus itu diharapkan dapat mendapat sokongan semula rakyat.

“Ia tidak menjejaskan kedudukan PKR mahu pun Pakatan Rakyat kerana kebanyakan NGO bersikap berkecuali tanpa mengira mana-mana parti, sama ada parti komponen kerajaan atau pembangkang.

“Mereka lebih fokus dalam memperjuangkan nasib rakyat maka penyertaan dalam BN mungkin mempengaruhi matlamat sebenar penubuhan NGO,” katanya.

Bagaimanapun Mustaffa tidak menolak sekiranya terdapat NGO dengan berani akan menyertai BN atas dasar kepentingan.

Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke pula berkata, keahlian terus sebenarnya melambangkan parti pemerintah tidak yakin terhadap komponen partinya sendiri sehingga terpaksa menghasilkan idea baru bagi mendapatkan sokongan pihak luar.

Ini kerana katanya, ramai yang tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti komponen itu seperti MCA, MIC dan Gerakan apatah lagi menyokongnya.

“Hanya Umno dilihat sebagai tunggak kekuatan BN. Oleh itu, BN bukan lawan DAP atau Pakatan Rakyat. Parti itu tidak ada apa-apa kecuali kepentingan daripada Umno.

“Saya melihat keputusan yang dibuat BN ini sebagai satu keputusan terdesak parti mahu pun mana-mana parti komponennya,” ujarnya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan