Industri Perlu Beri Lebih Tumpuan Terhadap Isu Kesihatan - Lee Lam Thye

Diterbitkan: Ahad, 21 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (Niosh) Tan Sri Lee Lam Thye hari ini mahu industri supaya memberi lebih banyak perhatian terhadap isu kesihatan pekerjaan bagi menjamin kesihatan pekerja.

Beliau berkata untuk mencapai sasaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH), industri perlu menyediakan garis panduan lengkap tentang OSH kepada pekerja.

Katanya berikutan kemunculan teknologi, sistem kerja, bahan dan amalan baru, pekerja kini terdedah kepada pelbagai bahaya termasuk kemunculan penyakit tidak diduga seperti SARs.

"Kesihatan, keselamatan dan kebajikan penduduk kita yang bergiat aktif dalam sektor ekonomi terletak di bawah tanggungjawab kita dan perubahan pola tempat kerja yang menjejaskan tenaga kerja menuntut pelaksanaan pendekatan baru bagi menghadapi cabaran terhadap kesihatan pekerjaan dan alam sekitar," katanya dalam kenyataan, Ahad.

Lee juga menyarankan agar pengamal OSH atau doktor yang terlibat dengan kesihatan pekerjaan supaya memainkan peranan penting bagi melindungi dan meningkatkan kesihatan serta keselamatan pekerja.

Sejajar dengan ini, Niosh menganjurkan kursus untuk doktor dan jururawat kesihatan pekerjaan serta ahli kesihatan industri bagi membantu mereka memenuhi keperluan kesihatan pekerjaan di negara ini, kata beliau.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan