Hasrat Parti Pakatan Bertanding Di Bawah Satu Lambang Hanya Satu Kosmetik

Diterbitkan: Ahad, 21 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Hasrat pakatan Parti Keadilan Rakyat (PKR)-DAP-PAS untuk bertanding menggunakan satu lambang menjelang pilihan raya negeri Sarawak hanya satu alat untuk mengaburi rakyat akan perjuangan mereka yang sudah tidak sehaluan, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Ahad.

Beliau berkata PKR-DAP-PAS yang tidak mempunyai persefahaman dan mahu menggunakan satu lambang dalam pilihan raya negeri akan datang merupakan sesuatu yang melucukan.

"Apabila dalam parti sendiri, kerusi dan meja sudah melayang tetapi bercadang pula untuk menggunakan satu lambang (pada pilihan raya akan datang), ia merupakan kosmetik.

"Di negeri-negeri yang mereka memerintah, janji tidak ditunaikan sehingga rakyat marah manakala wakil-wakil rakyat pun keluar daripada parti. Jadi, apa yang nak dibincangkan pasal bertanding di bawah satu lambang?" katanya.

Terdahulu, Hishamuddin menyempurnakan majlis penutup Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Tebingan Boyan-Gersik-Sourabaya (BGS) di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) Datuk Md Alias Kalil berkata pihaknya belum menerima permohonan PKR-DAP-PAS untuk mendaftarkan lambang parti pakatan itu.

"Sebenarnya, parti (PR) itu pun belum diluluskan lagi," katanya.

Mengenai penubuhan parti-parti baru di negeri Sarawak menjelang setiap kali pilihan raya negeri, Hishammuddin berkata beliau belum menerima laporan dari ROS berhubung perkara itu.

"Yang menjadi tanda tanya ialah kenapa parti-parti baru hanya ingin didaftarkan ketika menjelang pilihan raya. Kita tidak mahu memperjuangkan mereka yang mengambil tindakan hanya mengikut musim. ROS pun faham permainan pihak-pihak tertentu," katanya.

Pada majlis itu, Hishamuddin turut menyampaikan permit penerbitan serta Lesen Mesin Cetak kepada tujuh syarikat di sini.

Beliau mengingatkan setiap pemilik Permit Penerbitan dan Lesen Mesin Cetak agar sentiasa mematuhi syarat-syarat Lesen dan Permit, Garis Panduan Penerbitan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

"Kementerian akan memantau supaya setiap pemilik Permit dan Lesen sentiasa mematuhi syarat-syarat demi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam," katanya.

Hishammuddin turut menyampaikan sijil dan geran bernilai RM20,000 kepada 10 pertubuhan cemerlang di sini sebagai mengiktiraf sumbangan pertubuhan cemerlang dalam usaha memperbaiki taraf hidup, kebajikan, pendidikan, keagamaan dan kebudayaan. Kini, terdapat 2,792 pertubuhan induk berdaftar dengan ROS Sarawak. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan