Cuepac Minta Kerajaan Lanjut Tempoh Pindah Penghuni Kuarters Cochrane

Diterbitkan: Ahad, 21 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sekali lagi memohon kerajaan supaya melanjutkan tempoh perpindahan penghuni kuarters kerajaan kawasan Cochrane di sini ke kuarters di Putrajaya ke tahun depan, Ahad.

Presidennya Omar Osman berkata 314 kakitangan kerajaan dari pelbagai jawatan yang berkhidmat di sekitar ibu negara diberi tempoh hingga 15 Dis ini untuk berpindah ke Putrajaya.

Beliau berkata Cuepacs sudah menghantar memorandum kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan pada 15 Okt lepas tetapi masih belum menerima maklum balas daripadanya. "Kita memohon diadakan rundingan bagi mencari penyelesaian...tempoh (perpindahan) yang ditetapkan (pada 15 Dis ini) tidak mencukupi bagi persiapan perpindahan.

"Jika pihak kerajaan masih mahukan mereka berpindah, mereka berharap kemudahan lori dan bayaran pampasan RM3,000 hingga RM5,000 satu keluarga diberikan bagi memudahkan urusan perpindahan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penghuni kuarters berkenaan hari ini. Omar mendakwa penghuni kuarters itu masih tidak jelas tujuan mereka diarahkan berpindah ke Putrajaya, sebaliknya hanya mendengar desas-desus mengatakan di kawasan tersebut akan dibina kuarters milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan